• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

ZenFone 5 Lite hanya ringan pada nama

  • OLEH Najib
  • 3:55 pm
  • 28/02/2018
  • Komen
ZenFone 5 Lite hanya ringan pada nama
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti biasa, siri baru telefon pintar ASUS muncul dalam beberapa model. Bagi ZenFone 5, kehadiran awalnya datang dalam tiga rupa iaitu ZenFone 5, ZenFone 5z yang lebih perkasa dan ZenFone 5 Lite yang lebih mampu dimiliki.

Walaupun membawa nama Lite, ia tidak kelihatan seperti peranti kelas permulaan. Sebaliknya ZenFone 5 Lite dilengkapi spesifikasi dan ciri-ciri kelas pertengahan.



Ia boleh dilihat dari ruangan dalaman di mana ia menggunakan cip Snapdragon 630 dan berpasangan dengan RAM sebanyak 3GB atau 4GB, serta storan dalaman 32GB atau 64GB.

Di luar pula, ia dipasang skrin 6.0-inci HD Penuh dengan nisbah 18:9, yang muat di dalam badan berskrin biasa 5.5-inci. Satu ciri unik yang menarik di telefon ini adalah tiga slot kad berasingan, dua untuk kad sim 4G dan satu lagi kad memori mikroSD.



ZenFone 5 Lite didatangkan dengan empat kamera, dua di belakang dan dua di depan. Dua pasangan kamera ini berfungsi ibarat zum optikal.

Kamera belakang adalah gandingan sensor 16MP F2.2 dan 8MP bersudut luas 120-darjah. Manakala kamera hadapan gabungan sensor 20MP F2.0 dan juga 8MP bersudut luas 120-darjah, dan hadir bersama LED bercahaya lembut.

Bateri di dalamnya berkapasiti 3,300mAh dan dicas melalui port mikroUSB. Ia menjalankan sistem operasi terbaru Android 8.0 Oreo menggunakan antaramuka ASUS ZenUI 5.0.

ZenFone 5 Lite akan mula berada di pasaran pada bulan Mac depan. Harganya belum diumumkan tetapi pasti melebihi ZenFone Max M1 yang berharga RM899 di Malaysia. Kami jangka tidak melebihi RM1,200.

Tags: asusasus zenfone 5asus zenfone 5 litemwc 2018zenfone 5ZenFone 5 Lite
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
ZenFone 5 Lite hanya ringan pada nama

ZenFone 5 Lite hanya ringan pada nama

28 February 2018
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN