• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

ROG Phone 3 di Malaysia lebih mahal dari model sebelumnya

  • OLEH Najib
  • 11:31 am
  • 07/09/2020
  • Komen
ASUS ROG Phone 3 tiada pembaharuan, hanya naik taraf perkakas sedia ada
Share on FacebookShare on Twitter

Asus Malaysia akhirnya mengumumkan harga jualan untuk telefon gaming terbarunya, ROG Phone 3. Sebelum ini, mereka memaklumkan harga telefon ini tidak akan jauh dari ROG Phone II, tetapi nampaknya sangat berbeza.

Model asas Strix Edition lebih mahal RM500, manakala varian biasa, menaik RM300 dan hanya varian tertinggi masih kekal sama harga tetapi memiliki RAM dan storan yang berlainan.



  • ROG Phone 3 Strix Edition (SD865, RAM 8GB, Storan 256GB) – RM 2,999
  • ROG Phone 3 (SD865+, RAM 12GB, Storan 512GB) – RM 3,799
  • ROG Phone 3 (SD865+, RAM 16GB, Storan 512GB) – RM 4,499

Kenaikan harga Strix Edition dilihat pada storannya yang digandakan, dari 128GB kepada 256GB. Bagi edisi biasa, ia mengekalkan RAM dan storan yang sama. Bagi varian tertinggi, ia kini memiliki RAM lebih besar 16GB tetapi storan menurun dari 1TB menjadi 512GB sahaja.

Asus turut memberikan beberapa aksesori terus di dalam kotak, tanpa perlu dibeli berasingan iaitu Aero Case dan Aeroactive Cooler 3. Malah, banyak aksesori ROG Phone II serasi digunakan pada ROG Phone 3. Ini kerana saiz dan rupa ROG Phone 3 tidak banyak berbeza dari ROG Phone II.



Harga jualan beberapa aksesoi yang diperkenalkan bersama ROG Phone 3 di Malaysia adalah seperti berikut:

  1. ROG TwinView Dock 3 – RM 899
  2. Mobile Desktop Dock 3 – RM 599
  3. ROG Kunai 3 Gamepad – RM 499
  4. ROG Lightning Armor Case + Screen Protector – RM 279
  5. ROG Clip – RM 149
  6. ROG Ranger Waist Bag – RM 99

Naik taraf di ROG Phone 3 lebih kepada penggerak kuasanya, kini mengguna cip pemproses Snapdragon 865 dan 865+, bersama RAM LPDDR5 dan storan UFS3.1 yang lebih pantas.

Selain itu, telefon ini ditambah kamera belakangnya kepada 3, gandingan kamera utama 64MP, kamera ultralebar 13MP dan kamera makro 5MP. Kamera hadapannya 24MP, terletak di bingkai di atas skrin.

Saiz skrinnya masih sama, jenis AMOLED 6.59-inci tetapi dinaik taraf kadar penyegaran daripada 120Hz kepada 144Hz. Skrin ini juga tiada takuk dan lubang. Speaker stereo terdapat di atas dan bawah skrin, menembak bunyi terus ke muka pengguna. Butang bahu AirTrigger 3 terdapat di sisi telefon untuk menambah pengalaman bermain game.

Bateri di dalamnya masih mengekalkan kapasiti 6,000mAh, dengan pengecasan pantas 30W PD melalui USB-C. Pengecasan wayarles masih tidak disokong dan ia juga tidak kalis air.

Untuk mengenali dengan lebih lanjut, saksikan video buka kotak kami di bawah jni.

Tags: asusASUS ROG Phone 3
Najib

Najib

POPULAR

ASUS ROG Phone 3 tiada pembaharuan, hanya naik taraf perkakas sedia ada

ROG Phone 3 di Malaysia lebih mahal dari model sebelumnya

7 September 2020
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN