• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Anda perlu sediakan RM7999 untuk miliki seunit Samsung Galaxy Z Fold 2

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:21 pm
  • 09/09/2020
  • Komen
Anda perlu sediakan RM7999 untuk miliki seunit Samsung Galaxy Z Fold 2
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Galaxy Z Fold 2 diumumkan bakal menemui pengguna seawal 25 September 2020. Harga yang diletakkan untuknya ialah RM7,999 dan tempahan akan bermula antara 11 hingga 24 September 2020.

Setiap tempahan awal akan diberikan seunit Galaxy Buds Live dan seunit pemegang kad MontBlanc percuma.



Mengimbau semula spesifikasi Samsung Galaxy Z Fold 2, ia ditambah baik daripada Galaxy Fold asal dalam beberapa bahagian. Paling ketara ialah skrin sekundernya kini lebih besar, meliputi bahagian depannya. Atasnya ada kamera selfie.

Paparan depan miliki keluasan 6.3” beresolusi 2260 x 816 daripada jenis Super AMOLED. Paparan utamanya sedikit diperbesar daripada 7.3″ kepada 7.6” dengan resolusi 2208×1768 dan menggunakan panel Dynamic AMOLED ber-refresh rate 120Hz .



Engselnya sekarang jauh lebih baik kerana ia tidak lagi terhad dalam konfigurasi buka ataupun tutup, tapi boleh berhenti di mana-mana sudut tanpa masalah. Samsung menggelarnya sebagai engsel Hideaway.

Spesifikasi teknikal yang lain adalah seperti berikut:

  • SoC Snapdragon 865+
  • RAM 12GB
  • Storan 256GB
  • Bateri 4,500mAh dengan pengecasan 25W
  • Ada pengecasan wayarles dan PowerShare
  • Kamera selfie 10MP (1 di luar & 1 di dalam)
  • Kamera utama 12MP + 12MP (telefoto) + 12MP (ultralebar)
Tags: samsungsamsung galaxysamsung galaxy zSamsung Galaxy Z Fold 2
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Anda perlu sediakan RM7999 untuk miliki seunit Samsung Galaxy Z Fold 2

Anda perlu sediakan RM7999 untuk miliki seunit Samsung Galaxy Z Fold 2

9 September 2020
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN