• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Jam tangan edisi terhad ASUS ROG x G-Shock bukan untuk dijual

  • OLEH Najib
  • 6:53 pm
  • 01/03/2018
  • Komen
Jam tangan edisi terhad ASUS ROG x G-Shock bukan untuk dijual
Share on FacebookShare on Twitter

Jenama gaming ASUS ROG hari ini mengumumkan satu kerjasama unik dengan jam tangan popular G-Shock iaitu jam tangan ROG x G-Shock edisi terhad. Jam tangan ini tidak dijual di pasaran terbuka, sebaliknya hanya boleh diperoleh melalui ASUS ROG sahaja.

Terdapat dua cara untuk memiliki jam tangan edisi terhad ini. Cara pertama ialah dengan membeli mana-mana laptop ASUS ROG berkuasa NVIDIA GTX 1060 dan ke atas, iaitu model: GL503 Scar Edition, GL703, GL703 Scar Edition, GX501, atau G703. Pembelian laptop ini membolehkan pembeli menebus jam tangan G-Shock ini.



Tetapi pembelian haruslah dibuat melalui pengedar sah ROG Malaysia yang tersenarai di sini. Dapatkan resit pembelian serta nombor siri laptop, kemudian isi borang dalam talian Time To ROG di sini. Pembeli akan dihubungi dalam masa dua minggu untuk pengesahan.

Hanya 100 unit jam tangan ROG x G-Shock disediakan untuk ditebus melalui cara pembelian laptop ini. Siapa yang cepat sahaja akan mendapatnya. Promosi khas ini berjalan dari 1 Mac sehingga 25 April 2018, atau selagi stok masih ada.



Cara kedua pula melalui cabutan bertuah. Untuk menyertai cabutan bertuah ini, sekali lagi melalui pembelian laptop yang dikuasakan NVIDIA GeForce GTX1050 dan GTX1050 Ti. Model yang terlibat adalah: GL553VD, GL553VE, dan GL503 Hero Edition. Isi borang dalam talian bersama resit pembelian dan nombor siri laptop di sini.

Sebanyak 16 unit jam tangan ROG x G-Shock disediakan dalam cara ini, dengan dua unit diberikan setiap minggu melalui cabutan bertuah. Pemenang akan diumumkan di Facebook dan Instagram ASUS ROG Malaysia pada tarikh:

  • 9, 16, 23 & 30 Mac 2018
  • 6, 13, 20 & 27 April 2018

Tunggu apa lagi, dapatkan laptop ASUS ROG anda bersama jam tangan ROG x G-Shock edisi terhad ini.

Tags: asusasus malaysiaASUS ROGASUS ROG Malaysiag-shockG-Shock MalaysiaROG x G-Shock
Najib

Najib

POPULAR

Jam tangan edisi terhad ASUS ROG x G-Shock bukan untuk dijual

Jam tangan edisi terhad ASUS ROG x G-Shock bukan untuk dijual

1 March 2018
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN