• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Opinion Rewards beri ganjaran dengan menjawab soalan mudah

  • OLEH Najib
  • 1:19 pm
  • 11/09/2020
  • Komen
Google Opinion Rewards beri ganjaran dengan menjawab soalan mudah
Share on FacebookShare on Twitter

Google Opinion Rewards merupakan sebuah platform yang memberikan ganjaran kepada pengguna, hanya dengan berkongsi pendapat dan menjawab soalan-soalan mudah. Ia merupakan tempat untuk Google bertanyakan pengguna supaya mereka dapat memperbaiki perkhidmatan yang disediakan.

Bagaimanakah ia berfungsi? Jika anda menggunakan Opinion Rewards buat kali pertama, anda akan diminta untuk menjawab beberapa soalan asas mengenai diri anda. Maklumat yang dikongsikan akan menentukan jenis tinjauan yang akan anda terima. Bergantung pada jawapan yang diberikan, ia akan menghantar soalan seminggu sekali kepada anda pada waktu yang rawak.



Soalan yang dikemukakan adalah ringkas, tidak lebih dari 10 soalan dan kadang-kala hanya satu. Hampir kesemua tinjauan yang dijalankan mengambil masa kurang dari 30 saat, dan ia merangkumi pelbagai jenis topik, seperti rancangan TV kegemaran anda dan aplikasi yang pernah anda gunakan.

Apabila terdapat tinjauan baru, Google akan menghantar notifikasi kepada pengguna. Jika anda tidak berminat untuk menjawab tinjauan tertentu, anda boleh melangkau soalan-soalan yang tidak mahu dijawab.



Bagi pengguna peranti Android, anda akan menerima ganjaran kredit Google Play bagi setiap tinjauan yang dilakukan. Manakala bagi pengguna peranti iOS pula, anda akan menerima ganjaran wang yang disalurkan ke akaun PayPal yang telah dipautkan.

Google telah menghantar lebih daripada 3 juta tinjauan setiap minggu. Muat turun Google Opinion Rewards sekarang, dari Google Playstore dan Apple Appstore. Isi masa lapang anda menjawab soalan dan terima ganjaran daripadanya.

Tags: GoogleGoogle Opinion Rewards
Najib

Najib

POPULAR

Google Opinion Rewards beri ganjaran dengan menjawab soalan mudah

Google Opinion Rewards beri ganjaran dengan menjawab soalan mudah

11 September 2020
Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

5 June 2026
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN