Tempahan telefon pintar terbaru Samsung Galaxy S9 dan S9+ kini telah bermula di Malaysia. Jika anda lebih berminat untuk mendapatkannya dari syarikat telekomunikasi (telco), maxis kini menawarkannya dari serendah RM2,099.
Maxis menyediakan dua jenis tawaran iaitu kontrak biasa selama 24 bulan tetapi memerlukan bayaran deposit, ataupun melalui program Zerolution tanpa deposit. Kedua-dua cara ini perlu melanggan pelan pascabayar MaxisOne Plan 188, 158 atau 128.
Tetapi Maxis menawarkan hanya dua model, iaitu Galaxy S9 64GB dan Galaxy S9+ 128GB. Ketiga-tiga warna boleh dipilih untuk kedua-dua model ini iaitu warna Lilac Purple, Coral Blue dan Midnight Black.
Di bawah ini adalah harga peranti untuk kontrak biasa selama 24 bulan. Kontrak ini memerlukan bayaran deposit sebanyak RM516 (MaxisONE 128), RM834 (MaxisONE 158) atau RM954 (MaxisONE 188) dan akan direbat di dalam bil pengguna kemudian.
Tetapi anda mungkin tidak perlu membayar deposit jika anda sudah lama melanggan pascabayar Maxis. Cuba semak melalui stor online Maxis menggunakan ID Maxis anda.
Galaxy S9 64GB
Galaxy S9+ 128GB
Jika anda tidak mahu membayar deposit, cara yang lebih mudah adalah melalui Maxis Zerolution. Bayaran bulanan yang perlu dibuat adalah seperti di bawah ini. Untuk bertukar telefon baru setiap tahun, anda perlu menambah RM44 sebulan sebagai bayaran Zerolution.
Jika dibandingkan dengan kontrak biasa di atas, jumlah bayaran keseluruhan Zerolution adalah lebih tinggi selama 24-bulan. Melanggan kontrak biasa adalah digalakkan jika anda mahu lebih penjimatan.
Galaxy S9 64GB
Galaxy S9+ 128GB
Tempahan Galaxy S9 dan S9+ ini berjalan dari 1 hingga 4 Mac 2018, dan datang bersama hadiah percuma berupa pembesar suara Bluetooth Harman Kardon Onyx Mini bernilai RM699, selagi stok masih ada. Untuk maklumat lanjut tentang promosi ini, semak laman pra-tempahan Galaxy S9 di Maxis.