Google Maps telah menjadi aplikasi penting untuk mencari lokasi. Selain itu, ia juga menyediakan maklumat tentang cara bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain, serta panduan navigasi untuk kenderaan.
Google menyatakan mereka akan menambah satu ciri penting ke dalam Maps minggu ini, iaitu lapisan COVID-19. Sebelum ini, pengguna Maps boleh menetapkan antaramuka aplikasi untuk memaparkan lapisan seperti satelit iaitu gambar sebenar, terrain untuk menunjukkan tahap ketinggian tanah, serta memilih untuk melihat trafik masa nyata, laluan tren, basikal, 3D dan Street View.
Tidak lama lagi, akan terdapat lapisan COVID-19 info boleh dipilih. Jika dipilih, Google Maps akan menunjukkan purata kes baru COVID sepanjang tujuh hari, bagi setiap 100,00 orang yang berada dalam map yang sedang dilihat. Akan terdapat juga label yang menyatakan sama ada kes-kes tersebut semakin menaik atau menurun.
Kod warna juga akan digunakan untuk membantu pengguna membezakan ketumpatan kes di sesebuah kawasan. Data kes tersohor boleh didapati pada tahap negara bagi kesemua 220 negara dan kawasan yang disokong Google Maps, termasuk negeri dan wilayah, serta data peringkat bandar apabila ia boleh didapati.
Google menggunakan data COVID-19 datang dari pelbagai sumber berwibawa, seperti Johns Hopkins, New York Times, dan Wikipedia. Data mereka diperoleh dari organisasi-organisasi kesihatan awam seperti World Health Organization, kementerian kesihatan kerajaan, serta agensi kesihatan dan hospital negeri dan tempatan. Kebanyakan dari sumber-sumber tersebut telah pun menyumbang kepada maklumat kes COVID di Search, dan kini ia dikembangkan ke Google Maps.