• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga pelancaran Mi 10T Pro di Malaysia nampak amat mustahil

  • OLEH Najib
  • 7:33 pm
  • 01/10/2020
  • Komen
Harga pelancaran Mi 10T Pro di Malaysia nampak amat mustahil
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi semalam telah melancarkan siri Mi 10T di peringkat antarabangsa dan pelancarannya di Malaysia pula, akan diadakan pada 6 Oktober 2020. Hari ini, Xiaomi Malaysia berkongsi satu petunjuk yang sangat besar, berkenaan harga peranti tersebut.

Di Facebook Xiaomi Malaysia, mereka telah memuat naik gambar yang tertulis, Mi 10T Pro (8GB+256GB), akan datang ke Malaysia pada 6 Oktober 2020. Di bawahnya pula tertulis, RM1XXX. Kalaupun harga termahalnya ialah RM1,999, ini adalah sesuatu yang luar biasa!



Ini kerana harga jualan Mi 10T Pro (8GB+256GB) di Eropah ialah EUR 649 (~RM3,161). Walaupun kita tahu bahawa harga rasmi di Malaysia selalunya lebih murah dari harga rasmi Eropah, tetapi perbezaan harga ini lebih dari RM1,000. Seperti diskaun sebanyak 36.7% dari harga Eropah.

Kerana itu, kepada mereka yang melihat harga ini dan tidak sabar untuk membelinya, sila duduk sebentar dan ambil nafas sedalam-dalamnya lalu berfikir sejenak. Tidak mungkin Xiaomi akan memberikan harga melampau murah sebegini, melainkan ada terma dan syarat.



Apa yang kami boleh katakan, harga ini mungkin untuk jualan kilat dalam unit terhad. Bermakna, kena menjadi yang terawal dan paling cepat membayar. Ini, bukan satu perkara yang mudah jika stok promosi terlalu sedikit, 10 unit contohnya.

Tetapi jika benar Xiaomi menjualnya dalam stok yang banyak, maka anda harus tidak melepaskan peluang untuk membelinya. Walaupun Mi 10T Pro tidak menggunakan skrin AMOLED seperti Poco F2 Pro, skrinnya ada kadar penyegaran tinggi 144Hz, serta ada speaker stereo. Malah kamera utamanya 108MP dan ada OIS, serta tidak menggunakan kamera hadapan pop-up yang bergerak. Sebab saya tak berapa gemarkan kamera boleh bergerak ni.

Untuk kaki gaming dan gemar menonton drama atau filem di telefon, bagi saya Mi 10T Pro adalah pilihan yang lebih baik dari Poco F2 Pro, kalau harganya RM1,999. Untuk mengenali lebih lanjut tentang Mi 10T Pro, rujuk artikel kami mengenainya di bawah ini.

Keluarga Mi 10T dilancarkan pada harga jauh lebih mahal dari Mi 9T

Sumber: Xiaomi Malaysia

Tags: xiaomiXiaomi Mi 10T Pro
Najib

Najib

POPULAR

Harga pelancaran Mi 10T Pro di Malaysia nampak amat mustahil

Harga pelancaran Mi 10T Pro di Malaysia nampak amat mustahil

1 October 2020
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN