Xiaomi Malaysia hari ini melancarkan secara rasmi, keluarga Mi 10T di Malaysia. Terdapat 2 model diperkenal dalam keluarga ini iaitu Mi 10T dan Mi 10T Pro. Mi 10T Lite tidak pula datang bersama.
Sementara harga jualan siri Mi 10T di Eropah mencecah RM3,000, harga jualannya di Malaysia tidak mencapai RM2,000. Harga jualannya adalah seperti berikut:
- Mi 10T (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,699
- Mi 10T Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,999
Ia akan mula dijual di Malaysia pada 9 Oktober 2020, di Mi Store terpilih serta Stor Rasmi Xiaomi di Lazada.
Xiaomi turut menyediakan hadiah percuma yang menarik untuk pembeli terawal di Lazada iaitu:
- 300 pembeli pertama Mi 10T Pro – Mi True Wireless Earphones Basic 2
- Setiap pembeli ke 10 – 30 unit Mi TV 55″ untuk setiap pembeli ke 10 (10, 20, 30, dan seterusnya)
- Ulasan terbaik Mi 10T Pro – 7 unit Mi TV 55″ untuk ulasan terbaik dari pembeli Mi 10T Pro
- Langganan Netflix – Percuma untuk 4,000 pembeli terawal
Xiaomi Malaysia juga memberikan jaminan selama 2 tahun, bersama jaminan perlindungan skrin selama 6 bulan, untuk semua pembelian Mi 10T dan Mi 10T Pro.
Tidak banyak perbezaan antara Mi 10T dan Mi 10T Pro, kecuali pada kamera utamanya. Mi 10T memiliki kamera utama 64MP manakala versi Pro, datang dengan kamera utama 108MP bersama OIS. Kedua-duanya dikuasakan oleh cip terbaik Qualcomm, Snapdragon 865 5G.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang telefon pintar terbaru Xiaomi, rujuk pada artikel kami di bawah ini.