• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jam pintar Honor Watch GS Pro kini ada warna putih

  • OLEH Najib
  • 4:02 pm
  • 19/10/2020
  • Komen
Jam pintar Honor Watch GS Pro kini ada warna putih
Share on FacebookShare on Twitter

Jam pintar terbaru dari Honor, Watch GS Pro kini ditawarkan di dalam warna putih. Ia merupakan tambahan kepada warna hitam yang telah dilancarkan pada awal bulan ini.

Harga jualan untuk Honor Watch GS Pro berwarna putih ini juga masih sama, RM999 dan ia boleh dibeli di Stor Online HiHonor, Lazada, Shopee dan pengedar sah Honor.



Untuk masa terhad, Honor menawarkan hadiah percuma berupa fon kepala wayarles Honor Sport Pro (bernilai RM 249) untuk pembelian Honor Watch GS Pro, sementara stok masih ada.

Jam pintar Honor Watch GS Pro adalah sebuah jam pintar yang mirip Honor MagicWatch 2 tetapi lebih tahan lasak, menepati piawaian ketenteraan MIL-STD-810G. Bermakna ia tahan suhu ekstrem, debu dan habuk, gegaran, hentakan, kelembapan, altitud dan banyak lagi.



Badannya diperbuat dari fluoroelastomer, bahan yang lebih tahan haba, peluh dan minyak, serta kurang reaksi alergi. Ia turut dilengkapi sistem navigasi dwi-satelit serta fungsi “Route Back”, untuk memandu pengguna pulang ke lokasi walau di tempat yang jarang dilalui.

Baterinya juga ada jangka hayat lebih panjang, sehingga 25 hari untuk penggunaan biasa atau 47 jam dalam mod penjejak GPS. Selain itu, persamaannya dengan MagicWatch 2 seperti skrin AMOLED 1.39-inci, dikuasakan cip Kirin A1 dan dilengkapi mikrofon serta speaker untuk menjawab panggilan.

Peminat kecergasan juga boleh menggunakan jam ini kerana ia dilengkapi lebih 100 mod kecergasan dengan sensor denyutan jantung 24/7, pemantau oksigen di dalam darah SpO2, serta pelbagai statistik kecergasan.

Tags: honorHonor Watch GS Pro
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
Jam pintar Honor Watch GS Pro kini ada warna putih

Jam pintar Honor Watch GS Pro kini ada warna putih

19 October 2020
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Infinix XPAD Edge tiba di Malaysia, tablet  mampu milik dengan 4G & skrin besar 13.2″

Infinix XPAD Edge tiba di Malaysia, tablet mampu milik dengan 4G & skrin besar 13.2″

18 December 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER