• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi kurangkan plastik dalam kotak Mi 10T Lite tanpa buang aksesori

  • OLEH Najib
  • 2:34 pm
  • 23/10/2020
  • Komen
Xiaomi kurangkan plastik dalam kotak Mi 10T Lite tanpa buang aksesori
Share on FacebookShare on Twitter

Alasan utama Apple untuk tidak memberi kepala pengecas dan fon telinga di dalam kotak iPhone, adalah demi alam sekitar dengan mengurangkan barang yang kurang digunakan. Perkara ini disahut oleh Xiaomi, tetapi tanpa membuang sebarang perkakas dari dalam kotak.

Dalam satu utusan di twitter, Xiaomi menyatakan komitmen mereka untuk mengurangkan penggunaan plastik di dalam kotak sebanyak 60%, bermula dengan Mi 10T Lite di Eropah. Bermakna, pembeli Mi 10T Lite masih menerima kepala pengecas, casing lutsinar dan kabel USB-C. Tentang fon telinga, ia memang sudah lama tidak diberikan oleh Xiaomi.



We unboxed the #Mi10TLite – Atlantic Blue variant 😎 You'll get all the essentials, just with less plastic waste. Starting in Europe, we've committed to reducing plastic packaging by about 60%. 🌏 pic.twitter.com/ai1yq3YR92

— Xiaomi (@Xiaomi) October 20, 2020

Dari gambar yang dikongsi Xiaomi, kelihatan seperti kotak Mi 10T Lite memiliki isi yang sama seperti peranti Xiaomi sebelum ini. Malahan, kotak tersebut dan isinya lebih banyak diperbuat dari kertas, seperti buku manual dan pembahagi ruang. Mungkin Xiaomi tidak lagi menggunakan pembalut plastik untuk telefon dan perkakasnya.

Walaupun banyak jenama mempersendakan Apple apabila tidak lagi memberikan kepala pengecas dan fon telinga di dalam kotak iPhone, jangan lupa bahawa jenama yang sama juga pernah mentertawakan Apple semasa melancarkan iPhone X dengan takuk besar di dahi, dan membuang jek audio. Tidak lama kemudian, mereka juga meletakkan takuk besar di skrin dan tidak lagi memasang jek audio di telefon pintar.



Xiaomi sendiri, sejak awal dulu tidak pernah memberikan fon telinga di dalam kotak telefon pintar mereka. Alasannya nak kurangkan kos. Tetapi untuk kepala pengecas, ia mungkin sukar untuk dibuang.

Ini kerana Xiaomi antara peneraju terawal memperkenal pengecas berkuasa tinggi, yang mahal dan sukar ditemui. Ia berbeza dengan iPhone 12, yang menyokong pengecasan PD 18W dan boleh didapati di hampir semua kepala pengecas baru.

Sumber: GSMArena

Tags: xiaomiXiaomi Mi 10T Lite
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi kurangkan plastik dalam kotak Mi 10T Lite tanpa buang aksesori

Xiaomi kurangkan plastik dalam kotak Mi 10T Lite tanpa buang aksesori

23 October 2020
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN