• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Samsung

Pengerusi Samsung, individu terkaya Korea Selatan meninggal dunia pada umur 78-tahun

  • OLEH Najib
  • 1:10 pm
  • 26/10/2020
  • Komen
Pengerusi Samsung, individu terkaya Korea Selatan meninggal dunia pada umur 78-tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Lee Kun Hee, pengerusi syarikat gergasi elektronik dunia, Samsung dilaporkan telah meninggal dunia semalam, pada umur 78 tahun. Beliau telah menghabiskan masa selama 6 tahun di hospital selepas diserang penyakit jantung pada tahun 2014.

Sebagai pengerusi syarikat konglomerat terbesar di Korea Selatan, beliau juga menduduki tangga pertama individu paling kaya di negara tersebut. Tetapi ia juga menjadikan beliau tidak asing dari isu seperti skandal rasuah dan pengelakan cukai.



“Pengerusi Lee adalah seorang yang berpandangan jauh dan berjaya mengubah Samsung menjadi pencetus inovasi dan pembangkit kuasa industri terkemuka dunia dari perniagaan tempatan. Semua di Samsung akan menghargai kenangan bersama dan bersyukur atas perjalanan yang dikongsi dengannya,” kata Samsung dalam satu kenyataan.

Naib Pengerusi Samsung, Lee Jae Yong. Sumber: Bloomberg

Anak lelaki beliau, Lee Jae Yong telah menerajui syarikat Samsung selepas dilantik sebagai Naib Pengerusi pada tahun 2012. Lee Jae-Yong dijangka akan mengambil alih kedudukan bapanya sebagai pengerusi syarikat.



Lee Jae-Yong sebelum ini pernah dipenjarakan selama hampir setahun tetapi kemudiannya dibebaskan, kerana cuba merasuah Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye. Tetapi beliau masih belum terlepas dari mahkamah kerana masih dalam perbicaraan skandal penggabungan syarikat Samsung C&T and Cheil Industries, di mana beliau mahu mengukuhkan lagi kedudukannya di dalam syarikat Samsung secara tidak sah.

Sumber: CNN

Tags: samsung
Najib

Najib

POPULAR

Pengerusi Samsung, individu terkaya Korea Selatan meninggal dunia pada umur 78-tahun

Pengerusi Samsung, individu terkaya Korea Selatan meninggal dunia pada umur 78-tahun

26 October 2020
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN