• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon gaming Realme Narzo akan dilancarkan di Malaysia?

  • OLEH Najib
  • 8:05 pm
  • 26/10/2020
  • Komen
Telefon gaming Realme Narzo akan dilancarkan di Malaysia?
Share on FacebookShare on Twitter

Realme Malaysia telah memuat naik satu petunjuk baru di Facebook, yang menulis dengan jelas tentang Narzo. Pengguna di Malaysia mungkin kurang kenal tetapi jika anda peminat Realme, pasti anda tahu bahawa ia adalah siri telefon pintar gaming Realme.

Bagaimanapun, Realme Malaysia tidak memaklumkan lebih lanjut tentang Narzo ini. Tetapi kita boleh menyemak mengenainya dari negara jiran, Indonesia.



Realme Narzo telah dilancarkan di Indonesia pada bulan Jun lepas. Tetapi hari ini, Realme Indonesia mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan model terbaru, Realme Narzo 20 dan Narzo 20 Pro di sana. Ia mungkin diikuti dengan pelancaran yang sama di Malaysia selepas ini.

Sekali lagi, Realme Indonesia juga tiada memberikan maklumat penuh tentang Narzo 20 dan Narzo 20 Pro. Apa yang dinyatakan hanyalah pemproses MediaTek Helio G95, pengecas SuperDart Charge 65W, skrin 90Hz, empat kamera AI 48MP, bateri 4,500mAh dan rekaan V di belakang.



Ini memaksa kami ke laman web Realme India, kerana Narzo 20 dan 20 Pro telah dilancarkan di sana. Semakan di India menunjukkan, Realme Narzo 20 dikuasakan cip MediaTek Helio G85, RAM 4GB, storan 128GB, skrin HD 6.5-inci bertakuk, bateri 6,000mAh dan pengecas 18W.

  • Realme Narzo 20
  • Realme Narzo 20 Pro

Manakala Realme Narzo 20 Pro pula, dikuasakan pemproses MediaTek Helio G95, RAM 8GB, storan 128GB, bateri 4,500mAh, pengecas SuperDart Charge 65W, dan skrin LCD 6.5-inci 90Hz HD Penuh berlubang. Agak ketara perbezaan antara Narzo 20 dan Narzo 20 Pro.

Harga Realme Narzo 20 di India bermula dari INR 10,499 (~RM590), manakala Narzo 20 Pro pula dari INR 14,999 (~RM845).

Di Indonesia, Realme Narzo 20 dan Narzo 20 Pro akan dilancarkan pada 5 November 2020. Di samping itu, Realme Indonesia juga akan melancarkan beberapa produk lain pada hari yang sama iaitu Realme Buds Air Pro dengan ANC, Realme Watch S, kamera CCTV Realme Smart Cam 360 dan berus gigi elektrik Realme N1 Sonic.

Mungkin kita boleh menjangkakan beberapa produk yang dilancarkan di Indonesia, akan turut tiba bersama Realme Narzo di Malaysia nanti. Sementara itu, kita kena tunggu pengumuman lanjut dari Realme Malaysia

Sumber: Realme

Tags: RealmeRealme Narzo 20
Najib

Najib

POPULAR

Telefon gaming Realme Narzo akan dilancarkan di Malaysia?

Telefon gaming Realme Narzo akan dilancarkan di Malaysia?

26 October 2020
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN