• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Narzo 20, peranti gaming bajet Realme akan bangkit di Malaysia minggu hadapan

  • OLEH Najib
  • 1:16 pm
  • 27/10/2020
  • Komen
Telefon gaming Realme Narzo akan dilancarkan di Malaysia?
Share on FacebookShare on Twitter

Baru semalam memberi petunjuk, hari ini Realme Malaysia mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan siri Narzo 20 di Malaysia. Tarikh pelancaran telefon pintar gaming permulaan dari Realme ini, telah ditetapkan pada hari Selasa, 3 November 2020.

Majlis pelancaran siri Realme Narzo 20 akan diadakan secara dalam talian, di Facebook Realme Malaysia pada pukul 12 tengah hari. Dari gambar yang dikongsikan, dapat dilihat terdapat dua model yang akan dilancarkan iaitu Narzo 20 dan Narzo 20 Pro.



Tarikh pelancaran siri Narzo 20 di Malaysia lebih awal dari di Indonesia, walaupun ia diumumkan lebih awal di sana. Tetapi Realme Indonesia melancarkan banyak produk baru di samping telefon pintar siri Narzo 20. Antaranya Buds Air Pro, Watch S, Smart Cam 360, dan berus gigi elektrik N1 Sonic. Tidakkah Realme Malaysia mahu melancarkan produk yang sama di sini?

Produk baru Realme yang akan dilancarkan di Indonesia

Kita boleh mengenali dua telefon pintar Realme yang baru ini dengan melawat Realme India, kerana ia telah pun dilancarkan di sana. Realme Narzo 20 dikuasakan cip MediaTek Helio G85, RAM 4GB, storan 128GB, skrin HD 6.5-inci bertakuk, bateri 6,000mAh dan pengecas 18W. Ia ada tiga kamera belakang dalam modul empat segi sama.



  • Realme Narzo 20
  • Realme Narzo 20 Pro

Manakala Realme Narzo 20 Pro pula, dikuasakan pemproses MediaTek Helio G95, RAM 8GB, storan 128GB, bateri 4,500mAh, pengecas SuperDart Charge 65W, dan skrin LCD 6.5-inci 90Hz HD Penuh berlubang. Ia ada empat kamera belakang disusun menegak. Boleh nampak, agak ketara perbezaan antara Narzo 20 dan Narzo 20 Pro.

Harga Realme Narzo 20 di India bermula dari INR 10,499 (~RM590), manakala Narzo 20 Pro pula dari INR 14,999 (~RM845). Sedikit sebanyak, kita boleh menjangkakan harganya di Malaysia tinggi sedikit dari harga di India.

Pasti lebih banyak perkara akan dikongsikan Realme Malaysia menjelang pelancarannya pada 3 November 2020. Sama-sama kita nantikan berita lanjut dari Realme Malaysia.

Sumber: Realme

Tags: RealmeRealme NarzoRealme Narzo 20
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Telefon gaming Realme Narzo akan dilancarkan di Malaysia?

Siri Narzo 20, peranti gaming bajet Realme akan bangkit di Malaysia minggu hadapan

27 October 2020
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER