• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung dibenar A.S untuk bekal paparan kepada Huawei

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:37 am
  • 28/10/2020
  • Komen
Samsung Galaxy Fold berharga RM8,388 habis ditempah dalam tempoh 24 jam
Share on FacebookShare on Twitter

Bahagian Samsung yang mengendalikan penghasilan paparan telah mengumumkan yang mereka beroleh lampu hijau daripada kerajaan A.S untuk kembali berurusan dengan Huawei. Ia menjadikan Samsung syarikat Asia pertama seumpamanya setakat ini.

Siri Huawei Mate 40 menggunakan paparan OLED
Siri Huawei MateBook menggunakan IPS LCD

Benda ini adalah satu berita baik kerana selain telefon, paparan LCD/OLED juga ditemui pada produk-produk seperti siri Huawei Matebook yang tidak terlalu terkesan dengan sekatan dagang A.S seperti yang dihadapi produk telefon mereka.



Namun, jika anda rasakan barisan telefon akan segar semula, agak sukar untuk katakan demikian. Hal ini kerana, Huawei masih belum ada pembekal SoC dan RAM yang utuh untuk digunakan pada telefon. Pembekal utama seperti SK Hynix masih belum mendapat lesen manakala Samsung pula tidak berikan sebarang komen tentang perkara itu.

Kerugian satu pihak tentu sekali adalah keuntungan pihak yang lain. Huawei dijangka menghasilkan siri Mate 40 dalam kuantiti yang terhad atas sebab-sebab tertentu. Sudah tentu ada pembekal komponen yang terpaksa mencari sumber pendapatan baru untuk menampung lohong yang ditinggalkan Huawei pada saluran pendapatan mereka.



iPhone X, iPhone pertama yang gunakan paparan OLED

Contohnya, pengeluar panel OLED China, BOE, dilaporkan berjaya beroleh kontrak untuk bekalkan panel OLED kepada Apple dalam penghasilan iPhone 12. Dengannya, BOE telah menyertai Samsung dan LG sebagai nama yang terpahat dalam senarai komponen iPhone 12.

Samsung, 2

Tags: paparansamsung
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Samsung Galaxy Fold berharga RM8,388 habis ditempah dalam tempoh 24 jam

Samsung dibenar A.S untuk bekal paparan kepada Huawei

28 October 2020
Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

5 June 2026
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN