• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Video bayi jerung atasi Despacito sebagai tontonan terbanyak di YouTube

  • OLEH Najib
  • 2:29 pm
  • 04/11/2020
  • Komen
Video bayi jerung atasi Despacito sebagai tontonan terbanyak di YouTube
Share on FacebookShare on Twitter

Tahukah anda, video muzik tentang jerung telah mengatasi video muzik Despacito sebagai video paling banyak ditonton di YouTube? Video tersebut adalah Baby Shark Dance yang dimuat naik oleh Pinkfong Kids.

Kedua-dua video ini memiliki lebih 7 bilion tontonan, jauh meninggalkan video tempat ketiga iaitu video muzik Shape of You oleh Ed Sheeran, yang memiliki lebih 5 bilion tontonan. Sehingga hari ini, video Baby Shark Dance telah ditonton sebanyak 7.059 bilion kali manakala Despacito memiliki 7.041 bilion tontonan.



Video Baby Shark Dance telah dimuat naik pada 17 Jun 2016, manakala video Despacito dimuat naik kemudian pada 30 Januari 2017. Despacito telah menikmati takhta teratas tontonan paling banyak di YouTube sejak sekian lama, sebelum diambilalih oleh Baby Shark baru-baru ini.

Menurut maklumat Statista pada bulan Ogos 2020, Despacito masih di tangga pertama dengan 6.93 bilion tontonan manakala Baby Shark Dance di tangga kedua dengan jurang yang agak jauh, 6.37 bilion tontonan.



Kenaikan mendadak video Baby Shark Dance ini pasti disumbang oleh anak kecil yang meluangkan lebih banyak masa dengan ibubapa di rumah, kerana bekerja dari rumah (BDR) dan meminta video tersebut dimainkan.

Asal-usul lagu Baby Shark Dance ini tidak dapat dipastikan, tetapi dikhabarkan ia berasal dari Amerika Syarikat sekitar tahun 1970 dan dikenali ramai selepas filem Jaws arahan Steven Spielberg pada tahun 1975 menjadi popular. Tetapi ia menjadi tular selepas muat naik video oleh Pinkfong di mana ia dinyanyikan oleh Hope Segoine, seorang kanak-kanak Korea-Amerika berusia 10-tahun.

Video tarian ikan tersebut menjadi tular di Korea Selatan apabila turut dinyanyi dan menari oleh penyanyi popular K-Pop seperti Red Velvet, Girls Generation dan BlackPink. Ia seterusnya menjadi tular ke seluruh dunia.

Dalam senarai 10 tontonan paling banyak YouTube ini, terdapat tiga video kanak-kanak yang turut meningkat naik. Satu ialah video Masha and the Bear oleh Get Movies, kedua adalah ialah Johny Johny Yes Papa oleh LooLoo Kids dan ketiga pula, Learnings Colors oleh Miroshka TV.

Jika trend ini berterusan, mungkin kita boleh melihat video kanak-kanak menggantikan video muzik sebagai tontonan tertinggi di YouTube tidak lama lagi. Adakah anda bersetuju dengan kenyataan ini?

Sumber: BBC, The Verge

Tags: YouTube
Najib

Najib

POPULAR

Video bayi jerung atasi Despacito sebagai tontonan terbanyak di YouTube

Video bayi jerung atasi Despacito sebagai tontonan terbanyak di YouTube

4 November 2020
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN