• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Ciri pengimbas bagasi dalam aplikasi Malaysia Airlines, indah khabar dari rupa

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:13 pm
  • 23/11/2020
  • Komen
Diskaun tiket penerbangan dan naiktaraf Kelas Perniagaan eksklusif untuk Maxis dan Hotlink
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum menaiki kapal terbang, mungkin ada dalam kalangan penumpang yang tertanya-tanya tentang ukuran bagasi mereka yang akan dibawa naik ke dalam kabin pesawat. Sekiranya bagasi tersebut melebihi ukuran dan berat, ianya perlu didaftarkan sebagai bagasi daftar masuk dan perlu menambah jumlah bayaran tertentu.

Namun bagi Malaysia Airlines, tiada lagi bagasi percuma yang boleh dibawa masuk untuk penumpang yang membeli tiket termurah. Oleh itu satu aplikasi direka khas bagi memastikan ukuran bagasi adalah tepat dan boleh dibawa masuk ke dalam kabin tanpa dikenakan sebarang bayaran tambahan.



Baru-baru ini, laman Facebook Malaysia Airlines berkongsi tentang penambahan ciri Pengimbas Bagasi di dalam aplikasinya. Tertulis di situ, pengguna boleh mengetahui ukuran bagasi dengan menggunakan aplikasi tersebut. Jika bagasi muat di dalam pengimbas, maka ia boleh diletakkan diruang kabin.

Namun begitu, ciri ini hanya boleh dijumpai di dalam telefon pintar IOS sahaja dan masih belum boleh digunakan oleh pengguna Android. Ciri ini menggunakan kamera telefon pintar untuk menentukan ukuran bagasi.



Cara menggunakan pengimbas bagasi:

  1. Muat turun aplikasi Malaysia Airlines, kemudian scroll ke bawah dan tekan ‘Lagi’ (more) yang terletak dibahagian kanan.
  2. Pergi ke Bantuan Perjalanan dan terdapat ciri Pengimbas Bagasi di situ.
  3. Bagasi perlu diletakkan di bawah kotak pengukur “bounding box” yang sudah disediakan di dalam skrin.”Bounding box” boleh diubah kedudukannya untuk memastikan bagasi berada tepat di dalamnya.
  4. Bagasi perlu di ukur sekurang-kurangnya daripada dua bahagian yang berbeza.

Dinyatakan juga di situ bahawa ukuran tersebut adalah anggaran dan bukan ukuran yang tepat. Penggunaan ciri ini melebihi 300 saat (5 minit) akan menyebabkan peningkatan penggunaan bateri dan boleh mengakibatkan peranti menjadi panas. Proses ini memerlukan jumlah cahaya yang tinggi dan ia tidak berfungsi sekiranya cahaya malap.

Masalah yang dihadapi

  • Meskipun proses imbasan sudah dilakukan mengikut arahan, pelbagai masalah yang timbul seolah-olah kedudukan bagasi adalah tidak tepat. Ini menyebabkan proses mengimbas perlu dilakukan sekali lagi.
  • Apabila pilihan maklumat lanjut (more inormation) ditekan, aplikasi ini akan membawa pengguna ke halaman Cabin Baggage. Halaman ini hanya menunjukkan info mengenai berat dan jumlah bagasi yang boleh dibawa masuk. Ianya tidak memberi infomasi tentang ciri atau penyelesaian masalah mengimbas bagasi dalam aplikasi ini.

Langkah yang perlu dilakukan adalah agak rumit namun tidak salah untuk mencuba. Tetapi adalah lebih tepat dan lebih dipercayai sekiranya pengguna ukur bagasi secara manual sahaja.

[Sumber: Facebook]

Tags: Baggage ScannerMalaysia Airlines
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Diskaun tiket penerbangan dan naiktaraf Kelas Perniagaan eksklusif untuk Maxis dan Hotlink

Ciri pengimbas bagasi dalam aplikasi Malaysia Airlines, indah khabar dari rupa

23 November 2020
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN