OnePlus 8T Cyberpunk 2077 hanya eksklusif untuk pasaran China. Namun, anda boleh dapatkannya di Malaysia versi AP pada harga RM3,888.
Buat apa nak bayar mahal-mahal kalau boleh transform telefon anda jadi edisi Cyberpunk 2077-kan? Ini caranya.
Tak perlu bayar RM3,888 untuk dapat telefon Cyberpunk 2077. Tapi luarannya tak boleh ditirulah, cuma dalamnya saja boleh.
— SoyaCincau (BM) (@SoyaCincauBM) November 27, 2020
Tutorial di: https://t.co/Flk9q9AYbN pic.twitter.com/hpDveHJX7l
Pasang Live Wallpaper
Ada dua fail perlu dipasang. Fail pertama adalah kerangka aplikasi Live Wallpaper untuk OxygenOS 11. Aplikasi inilah yang bertanggung jawab memaparkan Live Walpaper pada telefon OnePlus. Anda boleh muat turun fail pemasangan dalam pautan di bawah.
Kerangka aplikasi Live Wallpaper
Fail kedua adalah yang mengandungi Live Wallpaper Cyberpunk 2077. Ia telah diekstrak terus daripada telefon tersebut.
Pasang Pek Ikon
Untuk bawa telefon anda selangkah menghampiri OnePlus 8T edisi Cyberpunk 2077, anda boleh pasang pek ikon yang juga diekstrak daripada telefon tersebut. Ada dua jenis pek ikon yang ada, bergantung pada telefon anda.
Pengguna OnePlus yang jalankan Android 11, anda boleh muat turun fail berikut.
Pek ikon untuk telefon OnePlus
Pengguna telefon selain OnePlus yang jalankan Android 5.0 ke atas, anda boleh muat turun fail berikut.
Pek ikon untuk telefon bukan OnePlus
Saya gagal untuk ubah ikon saya jadi OnePlus 8T Cuberpunk 2077 sebab pilihan tersebut tidak keluar walaupun saya gunakan NovaLauncher. Mungkin ia ada kaitan dengan telefon. Kalau anda berjaya, boleh kongsikan screenshot dalam ruangan komen.
[Sumber: Android Police]