• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi Watch adalah jam pintar yang sangat murah

  • OLEH Najib
  • 7:49 pm
  • 27/11/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Sedikit demi sedikit, Redmi telah mengeluarkan banyak aksesori menggunakan jenamanya sendiri, pada harga yang jauh lebih murah daripada Xiaomi. Paling terbaru, mereka telah melancarkan jam pintar Redmi Watch pada harga RMB 299 (~RM185).

Redmi Watch baru sahaja dilancarkan di China, menampilkan skrin LCD berwarna seluas 1.4-inci. Skrin ini memiliki resolusi 320×320 dan melengkung 2.5D di sisi.



Terdapat tiga warna badan jam disediakan, kesemuanya dalam warna pastel iaitu hitam, putih dan biru. Tali jam ditawarkan dengan warna yang sama, serta dua warna tambahan iaitu merah jambu dan hijau. Ada lebih 120 muka jam boleh dipilih, menggunakan aplikasi Mi Fit.

Sebagai jam pintar, ia lengkap dengan pelbagai fungsi seperti pengimbas denyutan nadi, pemantauan aktiviti kecergasan, kalis air sehingga 50 meter dalam, serta berhubung dengan peranti melalui Bluetooth 5.0 dan NFC. Tetapi tiada GPS terbina di dalam.



Jam ini memiliki hayat bateri sehingga 7 hari dengan sekali cas, dan ia mengecas melalui pengecas khas. Cas dari 0-100% mengambil masa kira-kira 2 jam. Jam pintar ini juga sangat ringan, dengan berat hanya 35 gram.

Xiaomi tidak menyatakan sama ada jam pintar ini akan dijual di luar China. Di China, ia akan mula dijual dari 26 November pada harga RMB 299 (~RM185). Untuk perbandingan, Xiaomi menjual Mi Band 5 di China pada harga RMB 189 (~RM116), manakala harga rasminya di Malaysia adalah RM169.

[Sumber: GSMarena]

Tags: Redmi Watchxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026

Redmi Watch adalah jam pintar yang sangat murah

27 November 2020
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN