• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lebih banyak telefon Samsung akan terima Oreo selepas Galaxy S8 dan Note8

  • OLEH Najib
  • 5:06 pm
  • 13/03/2018
  • Komen
Lebih banyak telefon Samsung akan terima Oreo selepas Galaxy S8 dan Note8
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna Galaxy Note8 boleh mula bersiap sedia apabila khabar angin tentang Oreo untuk Galaxy Note8 telah mula bertiup. Satu dari Timur dan satu dari Barat.

Menurut SamMobile, Samsung Turkey telah mengeluarkan kenyataan menerusi laman web Güncelmiyiz, kemaskini Android 8.0 Oreo akan tersedia pada hujung bulan Mac ini. Ia sedang dalam fasa ujian dan dijangka dilepaskan pada 30 Mac.



Laman yang sama turut menyebut beberapa peranti lain turut akan menerima kemaskini Android 8.0 Oreo selepas Galaxy Note8. Antaranya adalah Galaxy S7 dan S7 edge pada 13 April, serta Galaxy A3, A5 dan A7 (2017) pada 25 Mei. Tablet Galaxy Tab S3 juga dijangka menerima Oreo pada 4 Mei.

Manakala AndroidAuthority pula menyatakan Samsung Canada melalui aplikasi Samsung Members app mengumumkan ketibaan Android 8.0 Oreo bagi Galaxy S8 dan S8+ pada 19 Mac, Galaxy Note8 pada 28 Mac, serta beberapa peranti lain tidak lama selepas itu iaitu Galaxy S7 dan S7 edge, Galaxy A5 dan Galaxy Tab S3.



From the samsung members app @MobileSyrup the release date for Android Oreo for the S8/S8+ pic.twitter.com/1d8A652kKf

— Justin (@Cyanverse) March 10, 2018

Samsung Canada turut menyatakan Galaxy A8, Galaxy J3 Prime, Galaxy Xcover 4, Galaxy Tab A8, Galaxy Tab Active 2 dan Galaxy Tab A 10.1 juga akan menerima Android 8.0 Oreo, tetapi lebih lewat, berkemungkinan di penghujung tahun ini.

Sedikit sebanyak, pengumuman ini memberi petunjuk tentang peranti Samsung yang akan menerima kemaskini Oreo tidak lama lagi, terutamanya untuk Galaxy S8, S8+, Note8, S7 dan S7 edge. Harapnya jadual ini tidak jauh berbeza dengan perancangan untuk peranti yang sama di Malaysia.

[Sumber: SamMobile, AndroidAuthority]

Tags: android 8 oreoAndroid 9Galaxy Note8Galaxy S7Galaxy S7 edgesamsungsamsung galaxy note8Samsung Galaxy S7
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Lebih banyak telefon Samsung akan terima Oreo selepas Galaxy S8 dan Note8

Lebih banyak telefon Samsung akan terima Oreo selepas Galaxy S8 dan Note8

13 March 2018
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER