• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PROMO: Huawei Nova 7i dan Nova 7 SE 5G lebih murah RM200

  • OLEH Najib
  • 5:27 pm
  • 01/12/2020
  • Komen
PROMO: Huawei Nova 7i dan Nova 7 SE 5G lebih murah RM200
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia hari ini mengumumkan promosi akhir tahun untuk dua model telefon pintar mereka, Nova 7i dan Nova 7 SE 5G. Bermula 1 Disember 2020, diskaun sebanyak RM200 diberikan untuk pembelian kedua-dua telefon pintar ini.

Diskaun RM200 untuk Nova 7i dan Nova 7 SE 5G boleh didapati dari Huawei Online Store dan Huawei Experience Store di seluruh Malaysia. Harganya selepas RM200 diskaun adalah seperti berikut:



  • Huawei Nova 7i (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM 1,099 RM 899
  • Huawei Nova 7 SE 5G (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM 1,499 RM 1,299

Kedua-dua telefon pintar Huawei ini tiada aplikasi dan perkhidmatan Google di dalamnya dan ia menggunakan Huawei Mobile Services.

Huawei Nova 7i

Telefon ini dikuasakan pemproses Kirin 810, bersama RAM 8GB dan storan 128GB. Skrinnya dari jenis LCD berukuran 6.4-inci HD Penuh, memiliki lubang kecil di sudut atas, memuatkan kamera hadapan 16MP.



Kamera belakangnya gabungan kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera potret 2MP.

Bateri di dalamnya berkapasiti 4,200mAh dan ia menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge 40W melalui USB-C. Pengimbas capjarinya terletak di sisi, bergabung dengan butang kuasa.

Terdapat tiga warna disediakan untuk Huawei Nova 7i iaitu hijau, merah jambu dan hitam.

Huawei Nova 7 SE 5G

Telefon 5G termurah di Malaysia ini kini menjadi lebih murah dengan diskaun RM200. Nova 7 SE memiliki cip pemproses Kirin 820 5G, bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Skrinnya juga berlubang kecil, berukuran 6.5-inci HD Penuh dari jenis LCD.

Kamera hadapannya 16MP manakala di belakang, ia gandingan kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera potret 2MP. Pengimbas capjarinya terdapat di sisi telefon.

Bateri pula hanya 4,000mAh dan menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge 40W melalui USB-C. Telefon ini hadir dalam tiga warna iaitu ungu, hijau dan perak.

Tags: Huaweihuawei nova 7 sehuawei nova 7i
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
PROMO: Huawei Nova 7i dan Nova 7 SE 5G lebih murah RM200

PROMO: Huawei Nova 7i dan Nova 7 SE 5G lebih murah RM200

1 December 2020
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER