• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Kilang Sony di Pulau Pinang bakal tutup tahun hadapan, 3,400 pekerja terjejas

  • OLEH Najib
  • 3:41 pm
  • 04/12/2020
  • Komen
Ada hadiah buat semua tempahan awal Sony WH-1000XM3
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu perkara yang boleh Malaysia banggakan ialah banyak produk audio Sony, dihasilkan di Malaysia. Ia dipasang di salah satu kilang Sony yang terletak di Seberang Prai, Pulau Pinang. Tetapi kilang ini dilaporkan akan ditutup pada September tahun hadapan.

Perkara ini dimaklumkan oleh Exco Pulau Pinang, Halim Hussain di mana beliau menyatakan, penutupan kilang ini akan menyebabkan hampir 3,400 pekerja akan terkesan. Dari jumlah ini, seramai 1,800 pekerja ialah penduduk tempatan manakala 1,600 terdiri daripada warga asing. Sebilangan pekerja akan dipindahkan ke kilang Sony di Bangi, Selangor.



Sony masih belum mengeluarkan kenyataan tentang penutupan ini, tetapi Halim memaklumkan, kilang itu akan ditutup secara berperingkat dan menghentikan operasi sepenuhnya pada September. Beliau percaya penutupan itu adalah proses sementara yang diperlukan dan ia adalah sebahagian daripada rancangan Sony untuk menyusun semula operasinya secara global, memandangkan persaingan sengit dalam industri pembuatan multinasional.

Kilang Sony di Pulau Pinang bukan sahaja menjadi pusat penghasilan, malah berfungsi sebagai pusat kajian dan penyelidikan (R&D). Antara model yang dihasilkan dari kilang ini adalah fon kepala WH-100XM3, fon telinga WF-100XM3, serta model terbaru WH-100XM4.



[Sumber: FMT]

Tags: Sony
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Ada hadiah buat semua tempahan awal Sony WH-1000XM3

Kilang Sony di Pulau Pinang bakal tutup tahun hadapan, 3,400 pekerja terjejas

4 December 2020
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN