Sebelum ini, Lazada ada membuka peluang kepada masyarakat untuk menderma kepada Zoo Negara bagi membatu kebajikan NGO tersebut. Bersempena dengan jualan akhir tahun Lazada 12.12, pihak Lazada berkolaborasi dengan Zoo Negara bagi mengadakan Lawatan maya LazLive. Ia secara tidak langsung memberi peluang kepada masyarakat untuk melawat Zoo Negara secara percuma sambil menderma.
Sempena jualan 12.12 juga, Lazada membuka peluang untuk masyarakat menderma kepada NGO lain melalui LazadaForGood. Penderma berpeluang menyertai pertandingan Make-Your-Wish dan boleh berjumpa dengan artis pilihan yang terlibat secara maya.
Lawatan maya Zoo Negara
Lawatan ini akan berlangsung pada 11 Disember dari 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Sesi LazLive ini akan diacarakan oleh pelawak terkenal Malaysia, Dr. Jason Leong.
Sepanjang lawatan maya ini, Dr. Jason akan singgah menemui beberapa lokasi haiwan liar seperti gajah, singa, orang utan, harimau putih dan banyak lagi.
Semasa persinggahan tersebut, para penonton akan diberikan peluang untuk menderma kepada haiwan yang terpilih.
50 penderma pertama disetiap lokasi yang menderma RM25, akan mendapat rebat Lazada Wallet 12.12 bernilai RM25 dari LazadaForGood. Rebat ini boleh digunakan ketika jualan Lazada 12.12 dan layak menikmati penjimatan ‘Beli 1, Dapat 2’.
Saguhati tambahan akan diberikan kepada individu yang menderma lebih daripada RM50. Penderma akan menerima satu e-sijil haiwan angkat daripada Zoo Negara, serta baucer Zoo Negara.
LazadaForGood
Sempena jualan akhir tahun ini juga, Lazada membuka peluang kepada masyarakat untuk menghulurkan sumbangan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia secara dalam talian melalui LazadaForGood. Antara NGO yang boleh masyarakat dermakan ialah-
- UNICEF
- MERCY Malaysia
- Zoo Negara
- The National Cancer Society Malaysia
- WWF-Malaysia
- ResponsMalaysia
- The Lost Food Project
- NGOhub
- Hospis Malaysia
- Tenagatina Society
Pertandingan Make-Your-Wish untuk LazadaForGood
Make-Your-Wish merupakan pertandingan yang boleh memberikan anda peluang untuk berjumpa dengan selebriti kegemaran anda.
Semua penderma yang menghulurkan sumbangan kepada mana-mana NGO di dalam LazadaForGood sehingga 11 Disember berpeluang untuk menjadi salah seorang daripada lima pemenang bertuah Make-Your-Wish.
Para pemenang berpeluang melakukan aktiviti maya yang menyeronokkan bersama-sama selebriti yang dipilih. Cotohnya, pemenang akan mendapat peluang berduet di dalam TikTok dengan Ain Edruce, konsert peribadi dengan Ayda Jebat, persembahan peribadi oleh Ismail Izzani, janji temu makan malam percuma dengan Sean Lee, dan menikmati hidangan yang disediakan oleh Joey Leong.
Untuk menyertainya, para peserta hanya perlu mengikuti tiga langkah mudah iaitu:
- Derma di LazadaForGood dan kongsi bukti sumbangan berserta dengan nombor pesanan di bahagian komen, pertandingan Make-Your-Wish di dalam Facebook Lazada Malaysia.
- Pilih selebriti yang anda ingin menangi untuk sesi ramah mesra maya.
- Nantikan pengumuman para pemenang semasa 12.12 Chief Discount Offer Show pada 11 Disember mulai 9 hingga 11 malam menerusi LazLive di dalam aplikasi Lazada.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Jualan Besar Akhir Tahun 12.12 Lazada, sila kunjungi laman sesawang ini.