• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Shopee 12.12: Ini barang yang rakyat Malaysia borong

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:51 am
  • 15/12/2020
  • Komen
Shopee 12.12: Ini barang yang rakyat Malaysia borong
Share on FacebookShare on Twitter

Pesta beli belah bersempena tarikh tertentu biasanya akan tarik ramai warganet untuk mendapatkan barang pada harga yang lebih rendah. Tapi pada saya, promo paling gempak adalah 11.11 sungguhpun terlalu banyak promo berjalan setiap bulan hinggakan kemegahan 11.11 telah cair ditenggelami promo lain.

Mungkin saya salah sebab Shopee laporkan yang pada 24 minit pertama 12 Disember 2020, mereka telah menjual 12 juta barang dan ia adalah satu rekod buat platfrom penjualan dalam talian itu. Di kemuncak pesta, Shopee menyaksikan 1 juta barang terjual dalam masa satu minit saja.



Lagi trivia menarik tentang Shopee 12.12 adalah, warga Selangor telah beli 875 ribu barang pada sejam pertama 12.12 manakala ada satu pengguna ini telah buat 180 pesanan dalam masa sehari. Transaksi menggunakan ShopeePay juga dilihat meningkat 18 kali ganda berbanding biasa.

Apa yang rakyat Malaysia borong?

  • Home & Living – 1.2 juta barang dalam kategori ini telah dibeli
  • Barang sekolah – 670 ribu alat tulis dan 200 ribu barang kelengkapan sekolah seperti uniform, beg, kasut, bekas pensil, telah dijual
  • Minuman malta – 120pek Milo dijual setiap minit pada permulaan 12 Disember 2020.
  • Kecantikan – 628 ribu produk penjagaan kulit seperti topeng muka dan alat solek dijual.
  • Elektronik & Hiburan –8 daripada 10 kedai yang capai jualan tertinggi adalah yang menjual barangan elektornik dengan purata jualan bernilai RM800 ribu. Realme catatkan jualan setinggi RM2 juta, kebanyakannya daripada siri Realme 6
  • Adidas – walaupun baru saja sertai platform Shopee dalam bulan September 2020, pengguna singgah ke Gedung mereka lebih 300 ribu kali untuk beli kasut, baju, dan jersi.

Masih banyak promo diluar 12.12 sedang berjalan di Shopee. Namun, anda perlu beringat yang ia bercampur baur dengan produk tiruan dan sebagainya. Jadi, anda perlu berhati-hati jika terjumpa promo yang lumayannya terlebih daripada biasa.



PESANAN – Cara terbaik elak beli produk palsu di Lazada dan Shopee
Tags: Shopeeshopee 12.12
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Shopee 12.12: Ini barang yang rakyat Malaysia borong

Shopee 12.12: Ini barang yang rakyat Malaysia borong

15 December 2020
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

12 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN