• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kedai baru OnePlus di Shopee jamin harga terendah

  • OLEH Najib
  • 2:41 pm
  • 01/11/2017
  • Komen
Kedai baru OnePlus di Shopee jamin harga terendah
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar OnePlus memang sekian lama sudah boleh dibeli dalam talian, tetapi baru kali ini ia mengumumkan pembukaan stor dalam talian rasmi. Brightstar Malaysia selaku pengedar sah OnePlus, bekerjasama dengan RedClick Online untuk membuka stor rasmi dalam talian OnePlus yang pertama di Malaysia.

Stor ini terletak di Shopee, salah satu platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara. Stor rasmi ini menjual bukan sahaja telefon pintar OnePlus, malah aksesori dan perkakas yang dihasilkan oleh OnePlus sendiri.



Beberapa tawaran menarik disediakan sempena pembukaan stor rasmi ini seperti harga jaminan terendah untuk OnePlus 3T, iaitu hanya RM1,799 sahaja. Jika terdapat harga yang lebih rendah di platform e-dagang lain, Shopee akan memulangkan semula wang pembelian sebanyak 120%.

Bagi telefon pintar terbaru mereka OnePlus 5, ia ditawarkan bersama flip case percuma. OnePlus 5 versi 64GB storan dengan warna Slate Gray, dijual pada harga RM2,388. Manakala versi 128GB storan berwarna Midnight Black pula berharga RM2,688.



Perkakas yang dijual di stor rasmi ini pula antaranya ialah pengecas dan kabel Dash Charge, casing kayu dan karbon serta flip case. Paling menarik, ia diberikan diskaun 10%.

Stor rasmi OnePlus ini merupakan salah satu jenama yang terdapat di Shopee Mall. Dengan pembelian di Shopee Mall, tiada kos penghantaran dikenakan malah pengguna boleh memulangkan produk dalam masa 15-hari secara percuma. Paling penting, Shopee Mall menjamin semua produk yang terdapat di platformnya asli dan bukan tiruan.

Jika anda mahu membeli mana-mana produk OnePlus di stor rasmi ini, layarinya menerusi pautan ini: www.shopee.com.my/oneplus.my

Tags: OnePlusOnePlus MalaysiaOnePlus ShopeeShopeeShopee Mall
Najib

Najib

POPULAR

Kedai baru OnePlus di Shopee jamin harga terendah

Kedai baru OnePlus di Shopee jamin harga terendah

1 November 2017
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN