• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Majlis perkahwinan maya bantu mengekang wabak Covid-19

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:40 am
  • 19/12/2020
  • Komen
Majlis perkahwinan maya bantu mengekang wabak Covid-19
Share on FacebookShare on Twitter

Umum mengetahui, ada di antara kes Covid-19 di Malaysia tular melalui majlis perkahwinan. Pada bulan April yang lalu, satu kluster yang dikenali sebagai kluster kenduri Bandar Baru Bangi memperolehi jumlah lebih 90 orang positif Covid-19. Pada awalnya, kluster ini terjadi kerana jangkitan tersebut berlaku disebuah majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah proaktif dengan mengubah majlis perkahwinan tradisional ke majlis perkahwinan maya. Hal ini bagi mengelakkan orang ramai dari berkumpul namun majlis tetap berjalan dengan meriah.



Antara platform yang boleh digunakan untuk menerima kehadiran tetamu secara maya ialah Zoom, Google Meet dan Facebook Live.

Teknologi maya viewing dashboard dan hologram

Pada bulan Jun yang lalu, Reka Teemor Sdn bhd iaitu sebuah perancang majlis perkahwinan, bekerjasama dengan pengurus tetamu perkahwinan Weddie Strada Sdn Bhd, memperkenalkan tatacara majlis perkahwinan yang menggunakan kaedah maya.



Menariknya, di dalam tatacara tersebut, tetamu maya akan diberikan pautan untuk menyaksikan majlis perkahwinan secara langsung dari mana-mana sahaja lokasi. Tetamu juga boleh memberikan komen kepada video siaran lansung tersebut.

Golongan berisiko yang ingin hadir memberi ucapan akan didatangkan kemajlis dalam bentuk paparan holografik.

Menurut ketua pegawai eksekutif Weddie, Hafez Nasruddin, kaedah maya ini dikenali sebagai viewing dashboard dan hologram.

Majlis perkahwinan pasca Covid-19

Kaedah yang dikongsikan ini boleh dijadikan contoh kepada industri perancang perkahwinan yang lain, agar dapat menghidupkan elemen teknologi dalam setiap majlis perkahwinan.

Secara umumnya, perkahwinan maya ini dapat mengelakkan orang ramai daripada berkumpul dalam sesuatu majlis dan ia sekaligus mengekang wabak Covid-19 dari terus menular.

Meskipun angka Covid-19 menurun kelak, majlis perkahwinan maya bakal terus mendapat sambutan kerana pasangan mungkin mempunyai saudara mara jauh, datuk nenek yang berusia atau kawan hamil yang tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan secara fizikal. Maka, cara maya boleh digunakan.

[Sumber: Bernama]

Tags: COVID-19Perkahwinan maya
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Majlis perkahwinan maya bantu mengekang wabak Covid-19

Majlis perkahwinan maya bantu mengekang wabak Covid-19

19 December 2020
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

7 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN