• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelan internet RM20 15GB ditawarkan bagi pelajar SPM dan STPM

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:57 pm
  • 21/12/2020
  • Komen
Pelan internet RM20 15GB ditawarkan bagi pelajar SPM dan STPM
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula pada 6 Januari 2021, syarikat telekomunikasi negara akan menawarkan Pakej Data Khas iaitu pakej penggunaan internet kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Pakej itu akan ditawarkan sehingga peperiksaan tersebut berakhir.

Dalam pakej tersebut, pas data prabayar akan dijual pada harga RM20 untuk 15GB bagi tempoh 30 hari. Ini merupakan salah satu langkah bagi memudahkan pelajar untuk belajar secara dalam talian dengan kos yang rendah.



Syarikat telekomunikasi yang terlibat ialah:

  1. Celcom
  2. Digi
  3. Maxis
  4. U Mobile
  5. Telekom Malaysia (TM)

Kelas dalam talian dilanjutkan

Syarikat telekomunikasi juga akan melanjutkan kelas dalam talian yang sedia ada. Antara platform pembelajaran yang terlibat ialah:



  1. Celcom – Tuisyen Rakyat
  2. Digi – Jom Tuisyen
  3. Maxis – e-kelas
  4. Telekom Malaysia – I-Learn Ace
  5. YTL – Learn From Home

Program Learning From Home (LFH)

Meskipun Yes tidak terlibat dalam menawarkan pakej data khas internet tersebut, namun syarikat telekomunikasi ini masih meneruskan program Learning From Home (LFH) dengan tawaran yang lumayan buat para pelajar.

Di bawah program Learning From Home (LFH), peserta akan ditawarkan kad SIM YES 4G percuma dengan data 40GB di seluruh negara. Pelajar sekolah awam dan pelajar Universiti layak untuk mendapat kad SIM prabayar tersebut.

Manakala pelajar daripada golongan B40 pula boleh memohon untuk mendapatkan telefon pintar secara percuma. Pelajar yang layak sekaligus akan mendapat data bernilai 120 GB, iaitu 10GB sebulan selama 12 bulan untuk memudahkan mereka belajar dari rumah. Untuk mendapatkannya, anda boleh tekan di sini.

Bagi memberi peluang kepada calon SPM dan STPM fokus kepada sesi pembelajaran, waktu operasi Pusat Internet Komuniti (PIK) akan dilanjutkan daripada 9 pagi hingga 9 malam.

Diharapkan agar calon-calon SPM dan STPM dapat memanfaatkan sebaik mungkin kemudahan yang disediakan ini untuk mendapat keyajaan dalam pelajaran.

[Sumber: SKMM, BH]

Tags: celcomdigimaxisSKMMTMytl
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Pelan internet RM20 15GB ditawarkan bagi pelajar SPM dan STPM

Pelan internet RM20 15GB ditawarkan bagi pelajar SPM dan STPM

21 December 2020
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

8 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN