• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

RapidKL lancar pakej ‘beli 1 percuma 1 My30’ pas tanpa had menaiki tren dan bas

  • OLEH Najib
  • 11:57 am
  • 21/12/2020
  • Komen
RapidKL lancar pakej ‘beli 1 percuma 1 My30’ pas tanpa had menaiki tren dan bas
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang telah sedia menikmati promosi pas My30, di mana pas ini boleh digunakan tanpa had di semua tren dan bas kendalian RapidKL selama 30 hari, dengan bayaran RM30 sahaja. Kini Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengumumkan tawaran istimewa ‘My30 Plus 30 – Beli 1, Percuma 1’ bermula hari ini.

Dalam pakej istimewa ini, pembeli pas My30 boleh menebus 30 hari lagi pas My30. Bermakna, dengan membayar RM30, pemilik pas boleh menggunakannya selama 60 hari.



Tetapi, pakej ini perlu ditebus dan jumlah tebusan sangat terhad. Hanya 8,333 tebusan disediakan. Siapa yang cepat sahaja dapat menerima 30 hari tambahan percuma.

Syarat-syarat untuk menebus ‘My30 Plus 30’ adalah seperti berikut:



  1. Beli Pas My30 antara 20 Disember 2020 sehingga 31 Mac 2021, di mana-mana stesen LRT/MRT/Monorel/BRT atau hab bus RapidKL terpilih.
  2. Imbas kod QR pakej My30 Plus 30, dan isi maklumat peribadi.
  3. Kod unik akan dihantar ke emel.
  4. Bawa resit, kad pengenalan MyKad dan kod unik bercetak ke salah satu dari pusat penebusan:
    • Pusat Khidmat Pelanggan, LRT KL Sentral (East Wing)
    • Hab bas RapidKL Pasar Seni
  5. Tempoh penebusan dari 15 Januari 2021 sehingga 31 Mac 2021.

Pakej khas ini merupakan antara inisiatif diumumkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri pada 23 Nov lepas sebagai pelan pemulihan pelancongan domestik, diterajui oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia).

Pas perjalanan tanpa had My30 telah diperkenalkan sejak 1 Jun 2020, sebagai salah satu inisiatif Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek, PENJANA bagi menggantikan pas My100 buat sementara waktu. Pas My30 diumumkan akan disediakan sehingga 31 Disember 2020. Walaupun kerajaan masih belum mengumumkan lanjutan pas ini ke tahun 2021, RapidKL menyatakan pengumuman tersebut akan dibuat tidak lama lagi.

Hai, pas My30 akan dilanjutkan lagi hingga tahun hadapan. Walaubagaimanapun, tunggu pengumuman rasmi daripada pihak kami. Berkenaan dengan pakej percuma, ia adalah kempen pembelian pas My30 + (percuma 1). Sah untuk pembelian bermula 21/12/2020 -31/3/2021.

— Ask Rapid KL (@askrapidkl) December 20, 2020

Jika anda pengguna tren atau bas RapidKL dan membeli pas My30, jangan lupa untuk menebus tawaran istimewa ‘My30 Plus 30 – Beli 1, Percuma 1’. Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman web RapidKL.

[Sumber: Bernama]

Bacaan Berkaitan

Prasarana lancar PULSE, aplikasi semak bas dan tren Rapid KL masa nyata
PENJANA: Pas Perjalanan Pengangkutan Awam tanpa had dikurangkan ke RM30 selama 6-bulan
Pas tanpa had Bas dan LRT RapidKL My50 dan MY100 mula dijual
Tags: My30RapidKL
Najib

Najib

POPULAR

RapidKL lancar pakej ‘beli 1 percuma 1 My30’ pas tanpa had menaiki tren dan bas

RapidKL lancar pakej ‘beli 1 percuma 1 My30’ pas tanpa had menaiki tren dan bas

21 December 2020
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN