• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pas tanpa had Bas dan LRT RapidKL My50 dan MY100 mula dijual

  • OLEH Najib
  • 3:49 pm
  • 01/12/2018
  • Komen
Pas tanpa had Bas dan LRT RapidKL My50 dan MY100 mula dijual
Share on FacebookShare on Twitter

Pas tanpa had penggunaan RapdiKL yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2019 yang lepas, hari ini telah mula dijual. Bagaimanapun, ia hanya boleh digunakan bermula 1 Januari 2019.

RapidKL mengadakan acara pelancarannya pagi ini, dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Kerajaan menjangkakan sebanyak 200,000 penguna pengangkutan awam di Lembah Klang akan menggunakan pas tanpa had ini, lapor Malay Mail.



Terdapat dua jenis pas yang diperkenalkan. Pas My100 berharga RM100, dan boleh digunakan selama 30 hari tanpa had untuk penggunaan di semua servis tren dan bus RapidKL iaitu LRT, MRT, BRT, Monorel, dan bas RapidKL.

Manakala pas My50 pula adalah pas berharga RM50 untuk 30 hari penggunaan di perkhidmatan bas RapidKL sahaja, termasuk bas MRT tetapi tidak termasuk bas BRT.



Pas tanpa had RapidKL ini hanya boleh dibeli oleh warganegara Malaysia sahaja, dan diaktfikan melalui kad pengenalan MyKad, MyTentera dan MyKid sahaja. Pengguna boleh membeli pas ini di semua stesen LRT dan MRT. Selain itu, ia turut boleh dibeli di lima hub bas iaitu Seksyen 2 (Shah Alam), Greenwood (Gombak), Sri Nilam (Ampang), Pasar Seni dan terminal Kajang.

Anthony menjelaskan lagi, inisiatif ini diharap dapat menarik minat rakyat untuk menggunakan pengangkutan awam lebih kerap, sekaligus mengurangkan kos perjalanan mereka. Sudah pasti, Lembah Klang menjadi lokasi pertama pas sebegini dilancarkan, dan ia akan diluaskan lagi ke bandar-bandar lain di Malaysia.

Jika anda ada persoalan, dapatkan jawapan dan maklumat lanjut menerusi Facebook MyRapid serta ruang FAQ di laman web MyRapid.

Tags: MyRapidRapidKL
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Pas tanpa had Bas dan LRT RapidKL My50 dan MY100 mula dijual

Pas tanpa had Bas dan LRT RapidKL My50 dan MY100 mula dijual

1 December 2018
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN