Penyedia perkhidmatan kewangan digital, BigPay hari ini mengumumkan ketibaan satu lagi fungsi baharu di dalam aplikasi kewangan mereka, membayar bil. Malah, ia menyediakan ciri tambahan untuk memudahkan pengguna membayar bil.
Terdapat lebih 20 syarikat disenaraikan di dalam pembayaran bil di dalam BigPay, daripada syarikat telekomunikasi, pembekal air serta pembekal tenaga. Aplikasi BigPay juga boleh membantu pengguna untuk:
- Menetapkan peringatan pembayaran
- Menyimpan maklumat transaksi
- Membahagikan pembayaran bil
Salim Dhanani, Pengasas Bersama BigPay berkata: “Kami teruja untuk melancarkan pasaran kewangan dengan ciri Pembayaran Bil. Pelancaran ini membawa kami selangkah lebih dekat untuk menjadi penyelesaian sehenti bagi keperluan kewangan pengguna kami. Tahun 2021 bakal menjadi tahun yang mengujakan untuk BigPay kerana kami akan melancarkan produk dan ciri-ciri baharu seperti pinjaman digital, insurans dan pengurusan kekayaan. Kami tidak sabar untuk menawarkan semua ini kepada komuniti kami yang semakin berkembang.”
Senarai syarikat yang kini tersedia di dalam pembayaran bil BigPay adalah:
- Air Kedah
- Air Kelantan
- Air Kuching
- Air Melaka
- Air N.Sembilan
- Air Perak
- Air Perlis
- Air Selangor
- Air Terengganu
- Ranhill SAJ (Air Johor)
- Astro
- Celcom
- U Mobile
- RedONE
- Yes
- Courts Mammoth
- Nur Distribution
- Sabah Electricity
- Sarawak Energy (Sesco)
- Telekom Home Broadband (Unifi)
BigPay akan menambah lagi senarai syarikat untuk membayar bil di masa terdekat, bagi memudahkan lagi urusan kewangan pengguna.
Cara membayar bil
Untuk mengakses ciri Pembayaran Bil di aplikasi BigPay, pengguna hanya perlu klik pada pilihan ‘Pembayaran’ dari skrin utama, pilih syarikat berkenaan dan masukkan butiran yang diminta. Setelah pengesahan transaksi dilakukan dengan nombor PIN, akaun pengguna akan didebitkan.
Pengguna juga boleh menyimpan butiran pembayaran bil di tab ‘Simpanan Bil’ dan mereka tidak perlu memasukkan semula nombor akaun bil untuk membuat pembayaran. Keseluruhan proses ini adalah selamat dan memerlukan beberapa langkah keselamatan, termasuklah PIN Kata Kunci Sekali Sahaja (OTP).
Berkongsi membayar bil
Pengguna BigPay juga boleh berkongsi pembayaran bil dengan pengguna BigPay yang lain. Selepas membayar bil, gunakan fungsi ‘Split Bill’ dan pilih pengguna untuk berkongsi bayaran. Mereka akan membuat bayaran kepada pengguna yang membayar, dan berkongsi resit bil. Transaksi juga boleh disemak semula di masa hadapan dengan mudah.
Pengguna BigPay dinasihati agar tidak berkongsi sebarang maklumat sulit seperti kata laluan, OTP dan nombor kad pengenalan kepada sesiapa sahaja melalui sebarang panggilan telefon atau mesej yang mungkin diterima terutamanya dari aplikasi sembang seperti WhatsApp. Untuk maklumat lanjut mengenai ciri Pembayaran Bil, layari laman web BigPay.
[Sumber: AirAsia]