• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Celcom Home Wireless alternatif kepada jalur lebar tetap

  • OLEH Najib
  • 6:04 pm
  • 15/03/2018
  • Komen
Celcom Home Wireless alternatif kepada jalur lebar tetap
Share on FacebookShare on Twitter

Jalur lebar menggunakan kabel adalah pilihan paling mudah menyambungkan internet ke seluruh rumah. Tetapi ia tidak meliputi semua kawasan, terutama di luar bandar. Maka pilihan yang tinggal adalah mendapatkan jalur lebar mudah alih dengan kuota terhad.

Celcom nampaknya memiliki produk baru yang cuba mencari titik tengah dalam permasalahan ini, melalui Celcom Home Wireless. Ia menyediakan kuota jalur lebar mudah alih lebih banyak dari biasa, dengan harga hampir sama dengan jalur lebar tetap.



Terdapat tiga pelan yang disediakan iaitu Celcom Home Wireless iaitu Gold, Gold Plus dan Platinum. Pelan Gold dengan kadar RM74.20 sebulan memberikan 40GB kuota data bersama 40GB data khas Video Walla dan Music Walla. Manakala Gold Plus (RM106 sebulan) menyediakan 50GB data kegunaan semua dan 100GB data Video Walla dan Music Walla.

Pelan tertinggi iaitu Platinum dengan caj RM159 sebulan, menikmati 150GB data sepanjang masa, serta 1TB data bagi Video Walla dan Music Walla. Ini pastinya dapat memenuhi keperluan pengguna terutama kaki strim video.



Video Walla dan Music Walla adalah kuota penggunaan khas untuk beberapa aplikasi strim video dan muzik. Bagi Video Walla, ia meliputi platform YouTube, iflix, Netflix, Tonton, AstroGo, Dimsum dan Daily Motion. Manakala Music Walla pula antaranya ialah Joox, Raku, KKBox, FlyFM, HotFM dan kebanyakan saluran Radio Astro.

Kelebihan menggunakan internet mudah alih antaranya ialah tidak memerlukan pemasangan seperti menarik kabel dan memecah dinding. Jadi ia lebih cepat untuk dipasang dan digunakan.

Celcom menyatakan modem mereka boleh menyokong sehingga 64 sambungan peranti, tetapi tidak pula menyatakan model modem yang digunakan. Malah, Celcom juga menyediakan polisi pemulangan selama 30 hari jika pengguna tidak berpuas hati dengan servis internet.

Maklumat lanjut tentang pelan ini boleh dirujuk di laman web Celcom Home Wireless. Adalah lebih baik jika anda turut memeriksa liputan Celcom di kawasan anda terlebih dahulu di sini.

Tags: celcomCelcom Home Wireless
Najib

Najib

POPULAR

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

5 July 2025
Celcom Home Wireless alternatif kepada jalur lebar tetap

Celcom Home Wireless alternatif kepada jalur lebar tetap

15 March 2018
Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

27 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER