• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Video ini dedahkan semua perkara tentang Galaxy S21+ yang belum dilancarkan

  • OLEH Najib
  • 7:08 pm
  • 21/12/2020
  • Komen
Video ini dedahkan semua perkara tentang Galaxy S21+ yang belum dilancarkan
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun Samsung masih belum menyatakan tarikh pelancaran siri Galaxy S21, kebocoran maklumat tentang peranti flagship Samsung yang akan datang semakin bertiup kencang. Kini ada pihak menyatakan, mereka telah memegang dan menguji sendiri Galaxy S21+ dan berkongsi video tentang penggunaannya.

Video sepanjang 5 minit ini bukan sahaja menunjukkan bagaimana rupa telefon pintar Galaxy S21+ sepenuhnya, tetapi ia juga membandingkan kualiti kamera antara Galaxy S21+ dan iPhone 12 Pro Max. Pembuat video ini juga tidak melepaskan peluang bercerita tentang prestasi semasa bermain game dan jangka hayat bateri.



Telefon pintar Samsung Galaxy S21+ ini memiliki skrin rata berukuran 6.7-inci, dengan bingkai yang sangat nipis di kesemua sisi. Ia memiliki tiga kamera belakang dengan kamera utama 64MP, terletak di dalam modul kaca yang lebih tahan lasak. Seakan-akan bergabung dengan bingkai telefon.

Di dalamnya, ia memiliki cip Snapdragon 888 bersama sokongan 5G, RAM 8GB, storan antara 128GB dan 256GB, sistem operasi Android 11, serta bateri berkapasiti 4,800mAh. Menurut beliau, telefon ini boleh digunakan sepanjang hari tanpa kehabisan bateri. Pengimbas capjari di dalam skrin pada Galaxy S21+ kelihatan lebih pantas dari Galaxy S20+.



Samsung telah menjadualkan majlis pelancaran pemproses baru Exynos mereka pada 12 Januari 2021. Meskipun masih tidak berkata apa tentang pelancaran siri Galaxy S21+, ura-ura kuat mengatakan ia akan diadakan pada 14 Januari 2021.

Memandangkan tarikhnya semakin dekat, kita pasti akan mendengar tentangnya tidak lama lagi.

[Sumber: Sammobile]

Bacaan Berkaitan

Samsung akan lancar cip Exynos baru untuk saingi Snapdragon 888
Samsung nafi dakwaan siri Galaxy Note tidak dilancarkan tahun hadapan
Video ini sahkan rupa Samsung Galaxy S21, S21+ dan S21 Ultra
Tags: samsungSamsung Galaxy S21
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Video ini dedahkan semua perkara tentang Galaxy S21+ yang belum dilancarkan

Video ini dedahkan semua perkara tentang Galaxy S21+ yang belum dilancarkan

21 December 2020
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER