• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tanam pokok Bonsai dalam rumah atau hadiahkan sejambak bunga dengan koleksi Lego Botanic

  • OLEH Najib
  • 3:46 pm
  • 04/01/2021
  • Komen
Tanam pokok Bonsai dalam rumah atau hadiahkan sejambak bunga dengan koleksi Lego Botanic
Share on FacebookShare on Twitter

Permainan bata Lego telah menembusi hampir semua perkara yang boleh difikirkan ada di sekeliling kita. Dari kereta, rumah, binatang dan terbaru, Lego mengumumkan koleksi pokok botanik, Lego Botanic. Pokok ini menggunakan saiz yang menyerupai pokok sebenar, menjadikan ia hiasan yang menarik di dalam rumah.

Lego melancarkan dua model menarik untuk Lego Botanic, Bonsai Tree dan Flower Bouquet. Bonsai Tree memiliki ketinggian 18cm, manakala Flower Bouquet setinggi 36cm.



Lego Bonsai Tree

Peminat Lego boleh menghayati ketenangan memasang 878 keping bata Lego Bonsai Tree, sama seperti menjaga pokok Bonsai sebenar. Ia ditambah lagi dengan pilihan warna daun hijau, atau ditukar ke bunga merah jambu mengikut mood yang dimahukan.

Pokok Bonsai Lego ini turut memiliki pasu menyimpan pokok, serta pangku kayu untuk meletakkan pasu tersebut. Ini menjadikannya kelihatan seperti pokok Bonsai sebenar yang boleh menghiasai ruang tamu dirumah mahu pun di pejabat.



Lego Flower Bouquet

Sejambak bunga Lego kini boleh menjadi hadiah kejutan untuk pasangan mahupun keluarga dan sahabat handai. Sebanyak 756 keping bata Lego disediakan untuk membentuk jambangan bunga berwarna-warni yang kelihatan mekar dan segar.

Beberapa jenis bunga boleh digabungkan untuk mencipta jambangan ini seperti bunga ros, daisi, popi, snapdragon, aster, serta pilihan rumput untuk menjadikan hiasan yang menarik. Ini membolehkan penghasilan kreatif mengikut mood pemasang Lego tersebut.

Harga dan Jualan

Kedua-dua model baru Lego Botanic ini akan mula dijual di Malaysia pada 4 Januari 2021. Ia boleh dibeli di Stor Rasmi Lego di Lazada dan Shopee, serta di Legoland dan pengedar sah Lego di seluruh Malaysia.

Harga jualannya adalah seperti berikut:

  • Lego Bonsai Tree (10281) – RM219.90
  • Lego Flower Bouquet (10280) – RM219.90

[Sumber: Lego]

Tags: legoLego Bonsai TreeLego BotanicLego Flower Bouquet
Najib

Najib

POPULAR

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
Tanam pokok Bonsai dalam rumah atau hadiahkan sejambak bunga dengan koleksi Lego Botanic

Tanam pokok Bonsai dalam rumah atau hadiahkan sejambak bunga dengan koleksi Lego Botanic

4 January 2021
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026
Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER