• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

UiTM kendali dua stesen solar di Malaysia, Universiti pertama mempunyai sistem tenaga hijau

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:32 pm
  • 11/01/2021
  • Komen
UiTM kendali dua stesen solar di Malaysia, Universiti pertama mempunyai sistem tenaga hijau
Share on FacebookShare on Twitter

Universiti Teknologi MARA (UiTM) kini memiliki dan mengendalikan dua stesen janakuasa solar berskala besar (LSSPV). Pada April 2019 yang lalu, UiTM sudah memulakan operasi LSSPV pertamanya yang terletak di Gambang, Pahang. Kini, mereka mula mengoperasikan stesen yang terbaharu di Pasir Gudang, Johor.

Stesen LSSPV pertama UiTM mampu menjana 61MWp tenaga solar. LSSPV kedua pula berupaya menjana 31MWp.



Secara total, sistem solar milik UiTM ini berupaya menjana tenaga hijau dengan kapasiti 75MWac (Megawatt arus ulang alik) atau 92.58 MWp (megawatt puncak) selepas stesen LSSPV kedua itu beroperasi secara komersial.

Objektif LSSPV kedua

Menurut Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Datuk Ir. Dr Mohd Azraai Kassim, keputusan untuk memiliki beberapa stesen LSSPV merupakan antara usaha universiti untuk mencapai tahap neutral karbon.



Ianya juga merupakan salah satu inisiatif UiTM untuk menjana pendapatan yang mampan. Selain itu, stesen solar kedua ini juga diperlukan untuk mengurangkan jejak karbon atau pelepasan karbon dioksida yang boleh membawa kepada pemanasan global dan mengganggu ekosistem bumi.

Profesor Emeritus Datuk Ir. Dr Mohd Azraai Kassim

Untuk menampung keperluan elektrik tahunan universiti, UiTM dijangka akan menjana tenaga solar yang bersih dan mencukupi untuk kegunaan mereka sendiri. Kini, Univeriti awam ini berada pada kedudukan yang sama seperti sesetengah Universiti terkemuka dunia. Ia secara tidak langsung menjadikan UiTM institusi pertama di Malaysia yang mempunyai sistem tersebut.

Tenaga solar bukan sahaja bermanfaat sebagai tenaga yang boleh diganti semula, ia juga akan menjadikan persekitaran hijau dan lebih bersih dek kerana pengurangan pelepasan karbon dioksida.



Tags: LSSPVUiTM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
UiTM kendali dua stesen solar di Malaysia, Universiti pertama mempunyai sistem tenaga hijau

UiTM kendali dua stesen solar di Malaysia, Universiti pertama mempunyai sistem tenaga hijau

11 January 2021
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas

TIPS: 7 cara perlu buat elak telefon pintar cepat panas (2024)

3 April 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN