• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bagaimana menonton video HD dan layari Internet boleh mengancam alam sekitar?

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:24 am
  • 22/01/2021
  • Komen
Bagaimana menonton video HD dan layari Internet boleh mengancam alam sekitar?
Share on FacebookShare on Twitter

Penggunaan peranti digital meningkat sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Kerja dan belajar secara dalam talian merupakan antara faktor peningkatan tersebut berlaku. Tanpa kita sedari jejak karbon dunia digital juga meningkat dalam tempoh yang sama.

Satu kajian telah dijalankan oleh Universiti Purdue, Universiti Yale dan Institut Teknologi Massachusetts di AS berkaitan anggaran nilai jejak karbon global pada tahun 2021. Ia dikaji dari aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat ketika perintah duduk rumah, berdasarkan trend penggunaan peranti digital.



Karbon dioksida terhasil dari Internet

Para saintis mengira jejak karbon, air dan tanah yang berkaitan dengan setiap gigabait data yang digunakan di platform seperti YouTube, Zoom, Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok.

Menurut kajian itu, satu jam persidangan video dengan kamera menyala atau penstriman, memancarkan 150 hingga 1,000 gram karbon dioksida (CO2) dan memerlukan 2 hingga 12 liter air.



Tenaga yang digunakan untuk mengaktifkan rangkaian internet akan mengakibatkan CO2 dihasilkan. Semakin banyak video yang berat diakses, semakin tinggi jumlah jejak karbon yang dihasilkan. Kerana itulah, akses kepada persidangan video boleh menghasilkan jumlah CO2 yang tinggi.

Jika kadar penggunaan tersebut berlanjutan hingga akhir 2021, sekitar 71,600 kilometer persegi ukuran hutan diperlukan untuk menyerap karbon dikosida yang dikeluarkan oleh peranti digitial. Ini menunjukkan bahawa, jumlah karbon dioksida yang dihasilkan adalah terlampau berat.

Guna peranti di rumah dengan lebih mesra alam

Sekiranya anda ada mesyuarat secara dalam talian, adalah lebih baik jika tidak menghidupkan kamera. Ini dapat mengurangkan jejak karbon dari aktiviti tersebut sebanyak 96 peratus.

Contohnya, jika anda menghadiri mesyuarat dengan menggunakan Google Meet atau Zoom, akan tersedia di situ pilihan untuk anda mematikan kamera. Maka, jika kamera dimatikan, penggunaan internet adalah lebih rendah, ia secara tidak langsung akan menurunkan jumlah penghasilan CO2.

Manakala menurunkan penggunaan definisi tinggi HD kepada definisi standart SD ketika penstriman video pula dapat menurunkan kesan sebanyak 86 peratus.

Tindakan kecil seperti mematikan video semasa mesyuarat maya, mengurangkan kualiti perkhidmatan penstriman, mengurangkan masa permainan dalam talian dan menghadkan masa di media sosial dapat mengurangkan jejak karbon dengan ketara.

[Sumber: Malaymail]

Tags: jejak karbonKarbon dioksida
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Bagaimana menonton video HD dan layari Internet boleh mengancam alam sekitar?

Bagaimana menonton video HD dan layari Internet boleh mengancam alam sekitar?

22 January 2021
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER