• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kingston lancarkan pemacu USB lembu mini 64 GB edisi terhad

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:35 pm
  • 22/01/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Bersempena dengan sambutan Tahun Baru, Kingston Technology sebuah syarikat produk memori, mengumumkan pelancaran pemacu kilat USB lembu mini 2021 edisi terhad dan eksklusif di Malaysia.

Pemacu USB ini direka menyerupai bentuk seekor lembu yang sangat kecil. Uniknya, ia akan didatangkan sekali dalam bekas botol susu yang boleh menjadi tempat simpanan USB tersebut.



USB yang comel ini merupakan antara 12 rekaan koleksi mini Tahun Baru dari Kingston. Hidung lembu mini tersebut boleh dicabut untuk disambungkan pada komputer riba bagi memindahkan data.

Selain itu, pada USB ini juga disertakan tempat gantung kunci untuk memudahkan pengguna membawanya kemana-mana sahaja. Ini bermaksud, anda boleh membawa semua fail dengan menggantungkan USB edisi khas ini pada gegelung kunci anda.



Kapasiti dan harga

USB edisi khas ini disediakan dengan kapasiti 64GB sahaja dan boleh menyokong port USB 3.2 Gen 1. Ia direka dengan saiz 43.16 x 28.96 x 27.31 (mm). Di samping itu, harga yang dijual untuk USB ini ialah:

  • Kingston New Year OX USB Drive 64GB – RM89

Planggan yang membelinya akan menerima waranti 5 tahun dengan sokongan teknikal percuma.

Bermula daripada 21 Januari, anda boleh mendapatkannya melalui mana-mana kedai Kingston atau pengedar Kingston di Malaysia. Ia juga boleh dibeli secara dalam talian melalui Lazada. Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati laman sesawang rasmi Kingston di sini.

[Sumber: Kingston]

Tags: Kingstonusb
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026

Kingston lancarkan pemacu USB lembu mini 64 GB edisi terhad

22 January 2021
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN