• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jualan produk Apple lepasi paras USD100 billion, pertama kali dalam sejarah menurut laporan Q1 2021

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:23 am
  • 29/01/2021
  • Komen
Ada mesej rahsia dalam video pelancaran Apple
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah menerbitkan laporan kewangan suku pertama 2021. Perkara yang menarik perhatian ramai adalah perolehan jualan mereka yang melebihi USD100 billion (RM405 billion). Walaupun ia adalah angka yang tinggi, CEO Tim Cook memaklumkan dalam satu pembentangan dalam talian yang ia pastinya lebih baik jika COVID-19 tidak melanda dunia.

Berikut adalah pecahan jualan produk Apple bagi Q1 2021 berbanding Q1 2020.



Dalam Q1 2021, Apple telah melancarkan sejumlah produk baharu yang tentu sekali menjadi mangkin kepada prestasi kewangan tersebut. Kita telah lihat keluarga iPhone 12 yang semuanya menyokong 5G dilancarkan.

Dapatkan iPhone 12 di Malaysia pada harga bermula RM3,399

Kemudian, kita juga ada produk Mac yang diperkasa silikon hasilan sendiri Apple iaitu Apple M1. IPad Air juga turut dilancarkan dengan rekaan serta cip baharu yang tentu sekali laku keras dalam keadaan pandemik COVID-19 kerana ramai yang perlukan gajet untuk bersidang video.



Laptop Apple MacBook Air dan Pro 13″ dengan cip Apple M1 mula dijual di Malaysia

Bagi kategori Audio, Apple telah memperkenalkan AirPods Pro Max yang ramai katakan satu produk yang merasionalisasikan teknologi audio professional untuk kegunaan marhaen.

AirPods Max: Apa yang ada pada headfon RM2,399 ini?

[Sumber: Apple]

Tags: applekewangan
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Ada mesej rahsia dalam video pelancaran Apple

Jualan produk Apple lepasi paras USD100 billion, pertama kali dalam sejarah menurut laporan Q1 2021

29 January 2021
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN