• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Fujifilm X-E4, kamera siri E pertama yang ada paparan boleh kilas diumumkan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:57 pm
  • 29/01/2021
  • Komen
Fujifilm X-E4, kamera siri E pertama yang ada paparan boleh kilas diumumkan
Share on FacebookShare on Twitter

Fujifilm X-E3 dilancarkan dalam tahun 2017. Setakat model tersebut, semua model-model sebelumnya tidak didatangkan dengan panel paparan boleh kilas tapi untuk X-E4, Fujifilm akhirnya berikan panel boleh kilas, tapi kilasannya ke atas. Bolehlah, daripada tiada.

X-E4 akan menemui peminatnya dalam bulan Mac 2021 nanti pada harga bermula USD850 (RM3,445) ia lebih murah daripada model sebelumnya yang ada tanda harga pelancaran bermula USD900 (RM3,648).



Spesifikasi X-E4

Fujifilm X-E4 hadir menggayakan sensor APS-C 26.1MP X-Trans 4 bersama-sama dengan pemproses imej X-Trans 4, komponen yang sama boleh anda temui pada kamera seperti Fujifilm XT-4 dan X-100V. Ia miliki rekaan seperti kamera analog. Di bahagian belakang, EVF-nya menggunakan panel OLED 0.39” pada resolusi 2.33MP.

Kalau EVF tak cukup besar paparannya, paparan LCD kamera ini ada ukuran pepenjuru 3.0 dan boleh dikilas ke atas jika anda nak ambil gambar selfie ataupun video selfie.



Sistem autofokus kamera ini ialah jenis pengesanan fasa dan titik fokusnya meliputi keseluruhan sensor kamera. Ia ada fungsi menjejak anak mata hasil penggunaan firmware yang lebih moden.

Walau bagaimanapun, kamera ini masih tiada penstabil imej dalam badan, jadi ia bergantung pada mekanisme penstabil daripada lensa. Kalau anda nak rakam video, resolusi yang disokong kamera ini adalah:

  • 4K@30fps
  • FHD@240fps

Di bahagian sisi, port I/O yang sangat berguna bila rakam video ialah mikro-HDMI, jek mikrofon 3.5mm dan USB-C untuk tujuan audio monitoring menggunakan penyesuai audio 3.5mm. Menguasakan kamera ini adalah bateri NP-W126S dengan skor CIPA 380 gambar

Tags: fujifilmfujifilm x-e4kamera
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Fujifilm X-E4, kamera siri E pertama yang ada paparan boleh kilas diumumkan

Fujifilm X-E4, kamera siri E pertama yang ada paparan boleh kilas diumumkan

29 January 2021
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Huawei MatePad Air 2026 diperkenal dengan skrin PaperMatte OLED 144Hz dan enam pembesar suara

Huawei MatePad Air 2026 diperkenal dengan skrin PaperMatte OLED 144Hz dan enam pembesar suara

15 July 2026
240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas

TIPS: 7 cara perlu buat elak telefon pintar cepat panas (2024)

3 April 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN