• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Status lulus i-Sinar berubah kepada sedang diproses, KWSP maklum ada masalah teknikal

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:27 pm
  • 08/02/2021
  • Komen
Status lulus i-Sinar berubah kepada sedang diproses, KWSP maklum ada masalah teknikal
Share on FacebookShare on Twitter

Pada 7 Februari 2021, pemohon i-Sinar sudah mula menyemak status permohonan mereka pada laman portal rasmi KWSP, untuk mengetahui sama ada permohonan pengeluaran wang i-Sinar mereka diluluskan atau tidak.

Ramai dalam kalangan pemohon menerima status lulus pada akaun KWSP mereka. Namun, selang beberapa jam selepas itu, keluar pula kenyataan di laman rasmi Instagram dan Facebook KWSP mengenai status semakan itu.



Dalam sebuah poster pengumuman penting yang dimuat naik oleh KWSP, mereka memohon maaf kerana terdapat masalah teknikal pada paparan status i-Sinar Online. Oleh itu, pengguna disarankan untuk membuat semakan semula bermula jam 8 pagi pada 8 Februari 2021.

View this post on Instagram

A post shared by Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (@kwspmalaysia)

Dapat dilihat, banyak komen maklum balas daripada ahli KWSP di Instagram dan juga Facebook mengenai pengumuman tersebut. Ada juga dalam kalangan mereka yang bimbang jika keputusan sebenarnya adalah berbeza daripada apa yang mereka lihat sebelum masalah teknikal itu berlaku.



Namun, berdasarkan daripada gambar yang dimuat naik oleh KWSP itu, dapat dilihat kenyataan bahawa pembayaran kedua akan di buat di dalam akaun sebelum 30 Januari 2021. Adakah sebenarnya kesilapan teknikal yang berlaku itu berkaitan dengan tarikh pembayaran?

Walaupun begitu, hari ini laman sesawang rasmi i-Sinar, KWSP sudah kembali pulih seperti biasa dan ahli KWSP boleh membuat semakan semula.

Melalui perkongsian seorang individu di Twitter, permohonan yang pada mulanya diluluskan itu sebenarnya masih lagi di dalam proses.

Semalam dpt fake hope😂😂 pic.twitter.com/vEAQMeVtsd

— POKSU (@NikShariff92) February 8, 2021

Maka, pemohon perlu tunggu untuk mengetahui keputusan pemohonan tersebut kerana ianya masih belum tersedia.

[Sumber: KWSP]

Tags: i-sinarkwsp
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Status lulus i-Sinar berubah kepada sedang diproses, KWSP maklum ada masalah teknikal

Status lulus i-Sinar berubah kepada sedang diproses, KWSP maklum ada masalah teknikal

8 February 2021
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026
Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN