• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

COVID-19: Kenapa ais kering penting untuk angkut vaksin?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:44 pm
  • 24/02/2021
  • Komen
COVID-19: Kenapa ais kering penting untuk angkut vaksin?
Share on FacebookShare on Twitter

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telahpun bermula apabila PM Muhyiddin Yassin menerima dos pertama beliau. Bunyinya seperti hari-hari biasa bila tapi jika anda amati kembali, perjalanan yang ditempuhi vaksin Comirnaty amatlah berliku.

Vaksin yang dihasilkan Pfizer-BioNTech itu tiba di KLIA pada 21 Februari 2021. Tapi sebelum itu, ia lakukan transit di Singapura. Negara itu adalah hub Asia Pasifik untuk pengedaran vaksin Comirnaty.



PM Muhyiddin selamat disuntik vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech

Tak terhenti di situ, sebelum tiba di hub Singapura, ia terlebih dahulu singgah di Jerman dan sebelum itu, Belgium, negara tempat Comirnaty dihasilkan. Jadi anda boleh bayangkan betapa jauhnya vaksin ini mengembara sebelum boleh disuntik masuk ke sistem badan anda.

Menurut dokumen rasmi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Comirnaty perlulah disimpan dalam keadaan suhu -72° C. Vaksin Sputnik V juga perlukan suhu dibawah sifar iaitu -20° C untuk kekalkan keberkesanannya.



Bagi mengekalkan suhu semasa urusan logistik, satu bahan yang bernama ais kering digunakan. Ais kering adalah karbon dioksida dalam bentuk pepejal. Sebab ia dinamakan ais kering adalah ia memejalwap tidak melalui fasa cecair seperti ais biasa.

Anatomi sekotak vaksin Comirnaty

Bila berada di atas paras laut, ais kering memejalwap pada suhu -78.5° C dan apabila memejalwap, ia menyerap tenaga haba disekelilingnya dan menurunkan suhu keliling. Maka, ia amat sesuai untuk digunakan semasa mengangkut vaksin.

Ais kering – sumber

Satu lagi manfaat mengugnakan ais kering adalah disebabkan ia terus ke fasa gas, ia tidak meninggalkan kesan pada bekas yang mengandunginya.

Tentu anda ada soalan susulan, kenapa bukan ais biasa. Ais biasa tidak cukup sejuk untuk vaksin jenis ini. Ia mungkin sesuai untuk vaksin AstraZeneca, sinovac, dan CanSInoBIO yang perlukan suhu antara 2° hingga 8° C semasa penyimpanan.

Cecair nitrogen – sumber

Cecair nitrogen, walaupun boleh pergi lebih rendah daripada -75° C, juga tidak sesuai digunakan untuk Comirnaty dan Sputnik. Hal ini kerana, suhu yang ekstrim sejuk akan merosakkan bekas penyimpanannya dan risiko untuk reput fros terhadap pengendalinya.

Sumber: Gambar pemuka

Tags: COVID-19covid19Vaksin Covid-19
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

COVID-19: Kenapa ais kering penting untuk angkut vaksin?

COVID-19: Kenapa ais kering penting untuk angkut vaksin?

24 February 2021
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN