Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

PM Muhyiddin selamat disuntik vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech

Disiarkan secara langsung di saluran-saluran media utama, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan selamat menerima dos pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Pejabat Kesihatan Putrajaya, Presint 11. Beliau kemudiannya diikuti oleh dengan Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan beberapa petugas-petugas barisan hadapan yang lain.

Ia menandakan bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Asalnya, program ini dijadualkan bermula pada 26 Februari 2021 tapi diawalkan sebanyak dua hari kerana kerajaan berpuas hati dengan tahap persediaan semua yang terlibat.

Selepas menerima dos pertama vaksin yang dijenamakan sebagai Comirnaty, PM Muhyiddin menerima kad vaksin yang mengandungi maklumat seperti:

  • Tarikh dos pertama diambil
  • Jenis vaksin
  • Tempat pemvaksinan
  • Tarikh temujanji dos kedua
PM Muhyiddin mempamerkan replika Kad Vaksinasi COVID-19

Vaksin COVID-19 jenis Comirnaty adalah yang pertama menerima lampu hijau daripada NPRA pada awal Januari 2021 untuk digunakan ke atas penduduk Malaysia. Vaksin ini memerlukan dua dos disuntik ke dalam badan penerima dalam sela masa 21 hari bagi mencetuskan gerak balas imunisasi badan. Selain Comirnaty, NPRA sedang menilai empat lagi vaksin yang sudahpun ditempah oleh kerajaan Malaysia untuk digunakan di sini.

Berbalik kepada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, ia dibahagikan kepada 3 fasa. Setiap fasa melibatkan golongan-golongan tertentu. Menjelang Februari 2022, Malaysia mensasarkan untuk memvaksinkan lebih 23.6 juta penduduknya.

Ia diterjemahkan kepada hampir 74% penduduk Malaysia. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang vaksin COVID-19 di laman rasmi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.