• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

KKM akan benarkan wanita mengandung ambil vaksin COVID-19 dengan syarat

  • OLEH Najib
  • 5:01 pm
  • 02/03/2021
  • Komen
KKM akan benarkan wanita mengandung ambil vaksin COVID-19 dengan syarat
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun kekurangan data dan kajian untuk menyokong kesan sampingan vaksin COVID-19 terhadap wanita mengandung dan merancang untuk mengandung, Kementerian Kesihatan malaysia (KKM) akan membenarkan mereka untuk mengambil vaksin jika ia memberi lebih kebaikan dari mudarat. Ini dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau bagaimanapun menekankan bahawa keputusan untuk membenar atau melarang pengambilan vaksin ini, perlu diputuskan oleh pakar selepas meneliti tahap risiko seseorang. Sejarah perubatan dan kesihatan serta kandungan, perlu diberikan kepada pakar sebelum kebenaran diberikan.



Pakar yang memeriksa wanita yang merancang untuk mengandung, juga harus menjelaskan kepada mereka bahawa masih tiada kajian atau kekurangan data mengenai kesan sampingan vaksin kepada wanita mengandung. Pengambilan vaksin boleh dikira lebih baik berbanding risiko terdedah kepada wabak dan demi melindungi keselamatan kandungan yang membesar.

Datuk Seri Dr Adham Baba. Sumber

Tambah Dr Adham lagi, walaupun ibu mengandung di dalam kumpulan berisiko tinggi bergejala komirbiditi seperti tertekan, kencing manis dan obesiti, mereka juga akan dibenarkan untuk mengambil vaksin. Setiap kes akan dinilai selepas berbincang dengan doktor dan memberi penerangan kepada bakal penerima vaksin bahawa data klinikal tentangnya masih belum mencukupi.



Keutamaan akan diberikan kepada petugas barisan hadapan yang mengandung untuk menerima vaksin, sebelum diberikan kepada orang awam.

Dr Adham turut berkongsi kajian klinikal dari Pfizer di mana 2 dari 23 wanita mengandung yang menyertai fasa ke-3 ujian klinikal, mengalami keguguran. Kesemua 23 wanita tersebut menyertai ujian klinikal secara sukarela dan sebenarnya tidak menyedari bahawa mereka telah mengandung semasa mengambil ujian. Ini kerana Pfizer tidak menerima wanita mengandung untuk ujian tersebut.

Bagaimanapun, 2 orang yang keguguran itu adalah mereka yang menerima suntikan palsu, di mana hanya 12 orang di dalam kumpulan ujian itu menerima suntikan vaksin sebenar dan 11 lagi suntikan palsu.

[Sumber: Malay Mail]

Tags: Adham BabaCOVID-19Vaksin Covid-19
Najib

Najib

POPULAR

KKM akan benarkan wanita mengandung ambil vaksin COVID-19 dengan syarat

KKM akan benarkan wanita mengandung ambil vaksin COVID-19 dengan syarat

2 March 2021
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN