• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

COVID-19: 2 vaksin baru terima kelulusan KKM untuk digunakan menentang virus

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:33 am
  • 03/03/2021
  • Komen
COVID-19: Ini maklumat vaksin Sinovac di Malaysia yang perlu anda tahu
Share on FacebookShare on Twitter

Ada satu berita baik berkaitan vaksin COVID-19 di Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan yang mereka telah berikan beberapa kelulusan baru untuk penggunaan vaksin COVID-19 dalam negara ini. Walau bagaimanapun, ia adalah kelulusan bersyarat untuk kegunaan semasa bencana.

Dengan kelulusan tersebut, ia menjadikan bilangan vaksin yang boleh digunakan dalam negara kita menjadi 3. Mereka ialah:



  • Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech
  • Vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca
  • CoronaVac keluaran Sinovac

Kesemua vaksin ini adalah sebahagian dariapda portfolio vaksin yang ditempah pihak kerajaan. Ia menjadikan jumlah dos terkumpul yang telah, sedang, ataupun akan diterima menjadi 56.8 juta ataupun mampu memvaksinkan 28.4 juta (88.75%) penduduk Malaysia.

Daripada segi efficacy, berikut adalah paras untuk setiap vaksin yang telah teirma kelulusan NPRA:



  • Comirnaty pada 95%
  • AstraZeneca 62%-90%
  • CoronaVac 50.4%-90%

Lagi yang menarik tentang tiga vaksin yang diluluskan ini adalah semuanya menggunakan kaedah yang berbeza untuk mencetuskan imunisasi badan. Comirnaty menggunakan teknologi mRNA, yang pertama seumpamanya dalam dunia farmaseutikal. Kemudian, AstraZeneca menggunakan kaedah vektor viral manakala CoronaVac memanfaatkan kaedah virus nyahaktif.

Menurut KKM lagi, mereka sedang menilai baki 2 vaksin iaitu Sputnik V dan satu lagi adalah vaksin CoronaVac yang dikilangkan Pharmaniaga. Bezanya dengan kebenaran CoronaVac yang dikeluarkan terdahulu adalah versi itu adalah yang telah siap dibotolkan dan datang dari China.

COVID-19: Ini maklumat vaksin Sinovac di Malaysia yang perlu anda tahu

Jadi, buat masa ini, produk CoronaVac yang baru masuki Malaysia tempoh hari tidaklah boleh digunakan lagi. Begitu juga dengan vaksin Comirnaty yang juga terima kelulusan baru ini kerana ia datang daripada kilang kedua Pfizer yang terletak di Mainz, Jerman.

Sumber: KPKesihatan

Tags: astrazenecacoronavacCOVID-19pfizersinovacVaksin Covid-19
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

COVID-19: Ini maklumat vaksin Sinovac di Malaysia yang perlu anda tahu

COVID-19: 2 vaksin baru terima kelulusan KKM untuk digunakan menentang virus

3 March 2021
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
TNG eWallet akan menghentikan fungsi auto reload kad debit bermula 13 Mei 2026

TNG eWallet akan menghentikan fungsi auto reload kad debit bermula 13 Mei 2026

30 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN