• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Ini kemas kini terhadap iPhone, iPad, Macbook, dan banyak lagi untuk tahun 2021 yang boleh anda jangkakan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:14 pm
  • 03/03/2021
  • Komen
Ini kemas kini terhadap iPhone, iPad, Macbook, dan banyak lagi untuk tahun 2021 yang boleh anda jangkakan
Share on FacebookShare on Twitter

Mark Gurman, editor untuk 9to5Mac dan penulis di Bloomberg telah berkongsikan sedikit info berkaitan produk-produk yang bakal Apple lancarkan dalam tahun 2021.

Bermula dengan iPad, anda boleh jangkakan iPad Pro yang dilengkapi paparan mini LED untuk berikan paparan lebih cerah dan kontras yang lebih baik. Kemudian, akan ada SoC baru pada iPad ini yang katanya mampu bersaing dengan SoC M1 pada MacBook Pro dan beberapa produk yang lain.



Selain SoC, anda juga akan dihidangkan dengan iPad yang lebih berkuasa kameranya serta sokongan 5G.

Masih dalam kategori iPad, model entry iaitu iPad biasa juga akan hadir dalam fizikaliti lebih nipis.



Beralih kepada barisan Mac, siri seperti MacBook Pro, MacBook Air, iMac, dan Mac Pro akan mula diperkasa cip hasilan sendiri Apple. MacBook Pro dijangka diperkenal pertengahan 2021 dengan sedikit penambahbaikkan. Antara yang bakal berubah adalah, Touch Bar dibuang, pengecas Magsafe dimasukkan semula, serta kemablinya slot kad SD.

MacBook Air pula akan hadir dengan rekaan lebih nipis.

iMac pula akan terima rekaan baharu selepas lebih sedekad dalam badan yang sama bentuknya. Anda boleh bayangkan rekaannya seperti sebuah monitor Pro Display XDR.

Apple turut dilapor sedang bangunkan Mac Pro yang saiznya cuma separuh daripada yang ada sekarang.

iPhone, ia masih akan kekalkan rekaan macam iPhone 12, tapi jangkakan pengimbas cap jari tertanam di dalam paparan bersama-sama kaera lebih baik dan SoC lebih berkuasa.

Sumber: Gambar pemuka

Tags: appleimaciMac Proipadipad Airipad proiphoneMac ProMacBookmacbook airmacbook pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Ini kemas kini terhadap iPhone, iPad, Macbook, dan banyak lagi untuk tahun 2021 yang boleh anda jangkakan

Ini kemas kini terhadap iPhone, iPad, Macbook, dan banyak lagi untuk tahun 2021 yang boleh anda jangkakan

3 March 2021
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN