• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme tidak akan guna Antutu untuk pamerkan kehebatan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:26 pm
  • 17/03/2021
  • Komen
Realme tidak akan guna Antutu untuk pamerkan kehebatan
Share on FacebookShare on Twitter

Ada satu isu sedang hangat diperkatakan antara Antutu dengan Realme. Menurut Antutu, Realme didakwa menipu dalam ujian tanda aras apabila mereka mencapai skor yang luar biasa.

Untuk perbandingan, peranti Snapdragon 888 setakat ini menerima skor sekitar 710,000 malahan telefon ujian Qualcomm sendiri mencapai 735,439 sahaja. Pasukan Antutu snediri membeli varian Realme GT yang paling tinggi dan beroleh 750,000 sedangkan Realme mempamerkan 770,221 mata.



Apabila diselidik, pasukan Antutu menemui yang terdapat kelainan pada cara Realme GT menangani ujian tanda aras. Contoh yang diberikan adalah, ujian yang sepatutnya menggunakan teras cekap tenaga telah dialihkan kepada teras berkuasa tinggi.

Sudah tentulah hasilnya akan pantas.



Kemudian, dalam kategori ujian UX, Realme GT didapati melangkau beberapa proses yang sepatutnya dijalankan untuk menilai keupayaan menyahmampat imej JPG.

Hasilnya, Antutu berkeputusan untuk ban skor Realme GT daripada carta selama 3 bulan dan selagi  Realme tidak memperbetul isu ini, mereka tidak akan memasukkan skor Realme GT dalam pengkalan data mereka.

Ini jawapan balas Realme

Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) Realme, Xu Qi Chase dalam satu utusannya di Weibo mempertahankan skor tersebut sebagai sah. Dia juga menambah yang Realme China tidak akan menggunakan Antutu lagi untuk pamerkan kehebatan telefon mereka.

Sumber

Berkenaan dengan menipu, Realme mengatakan yang mereka tidak lakukan apa-apa kesalahan kerana menurut mereka, tiada piawiaan khas yang diterbitkan baik daripada pihak Antutu ataupun pengeluar telefon tentang tatacara analisis tanda aras dilakukan.

Maka, mereka merasakan yang label “menipu” adalah tidak wajar.

Sumber: GSMArena

Tags: Realmerealme gt
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Realme tidak akan guna Antutu untuk pamerkan kehebatan

Realme tidak akan guna Antutu untuk pamerkan kehebatan

17 March 2021
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN