• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Semak video pada ciri baru ‘checks’ sebelum muat naik di YouTube, elak disaman pelanggaran hak cipta

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:03 pm
  • 18/03/2021
  • Komen
Semak video pada ciri baru ‘checks’ sebelum muat naik di YouTube, elak disaman pelanggaran hak cipta
Share on FacebookShare on Twitter

YouTube umum fungsi baru kepada pencipta kandungan sebelum mereka memuat naik video, ia dinamakan sebagai ‘Checks‘. Fungsi tersebut akan memaklumkan kepada pengguna terlebih dahulu jika videonya mengandungi masalah copyright (bahan berhak cipta) dan ad suitability (mematuhi garis panduan periklanan).

Kebiasannya, pemeriksaan hak cipta selesai dalam masa 3 minit. Pengguna boleh lihat anggaran masa di skrin. Apabila tiada masalah berkaitan hak cipta dikesan, akan tertulis di situ no issues found.



Manakala jika video itu mematuhi garis panduan periklanan, ia akan tertulis suitable for ads bases on your rating (sesuai untuk iklan berdasarkan penilaian).

Sekiranya masalah copyright dijumpai, anda boleh lihat apa yang boleh anda lakukan dengan klik pada see details. Anda boleh lihat kandungan yang dikatakan copyright itu, termasuk kod waktu copyright dan kesannya terhadap video anda.



Jika ada isu kesesuaian iklan pula, pengguna ada pilihan request review. Namun anda perlu periksa semula bahawa video, thumbnail dan metadata anda memenuhi garis panduan kandungan mesra pengiklanan YouTube sebelum meminta semakan.

Walaupun begitu, video masih boleh diterbitkan meskipun pemeriksaan masih berjalan. Tetapi perlu diingat bahawa jika ada masalah ditemui, ia mungkin mempengaruhi kemunculan video di YouTube atau bayaran video anda.

Youtube strike

Sekiranya kandungan anda melanggar garis panduan YouTube, saluran anda akan mendapat teguran atau strike. Google dan YouTube mempunyai peraturan ‘3 strike copyright’ dalam 90 hari.

Untuk strike yang pertama, anda tidak dibenarkan untuk melakukan beberapa aktiviti di Youtube selama seminggu contohnya seperti muat naik video, mengubah playlist dan beberapa perkara lagi. Tetapi strike akan kekal di saluran anda selama 90 hari.

Sumber

Jika kesalahan berulang dalam masa 90 hari, anda tidak dibenarkan memuat naik kandungan selama 2 minggu. Sekiranya tidak ada masalah terjadi lagi, hak istimewa akan dikembalikan secara automatik setelah tempoh 2 minggu. Tetapi setiap Strike tidak akan tamat sehingga tepat 90 hari ia dikenakan.

Kali ketiga kesalahan dilakukan dalam masa 90 hari, saluran YouTube pesalah akan dihapuskan secara kekal. YouTube juga tidak membenarkan individu sama membuat akaun YouTube baru.

Bukan itu sahaja, pelaku juga berpotensi di saman kerana kesalahan Copyright. Terdahulu, dua YouTubers dikenakan saman kerana menggunakan 4 video milik firma media di dalam video mereka. Oleh itu, penyelesaiannya, mereka perlu membayar pemilik video itu untuk mengelak daripada di saman atau dikenakan strike.

Oleh kerana copyright merupakan satu kesalahan yang besar, maka wajarlah YouTube mencipta peraturan yang sedemikian.

[Sumber: Google]

Tags: YouTube
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Semak video pada ciri baru ‘checks’ sebelum muat naik di YouTube, elak disaman pelanggaran hak cipta

Semak video pada ciri baru ‘checks’ sebelum muat naik di YouTube, elak disaman pelanggaran hak cipta

18 March 2021
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER