• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Shorts, jawapan YouTube untuk cabar TikTok, mula diuji di Amerika Syarikat

  • OLEH Najib
  • 4:41 pm
  • 19/03/2021
  • Komen
Shorts, jawapan YouTube untuk cabar TikTok, mula diuji di Amerika Syarikat
Share on FacebookShare on Twitter

Populariti aplikasi TikTok yang melonjak tinggi, membuatkan ramai pembangun lain cuba menirunya. Laman perkongsian video pendek itu memiliki perisian mengedit video yang mudah, beserta pelbagai bunyi latar yang boleh digunakan.

Gergasi penstriman video YouTube, telah cuba menghasilkan platform yang serupa, dikenali sebagai Shorts di India tahun lepas. Kini ia mula diuji untuk pengguna di Amerika Syarikat (AS).



YouTube Shorts Beta akan mula dapat dilihat pengguna di AS secara berperingkat. Malah, ia akan ditambah dengan fungsi baru untuk menjadikannya lebih mudah dan menarik.

Semasa diperkenal di India, YouTube Shorts memiliki kebolehan untuk mencantumkan pelbagai klip video kepada satu, merakam lagu serta mengawal kelajuan video. Kini ia ditambah dengan fungsi menambah teks di saat tertentu, serta menambah bunyi dari video lain untuk digabungkan dengan video ciptaan pengguna.



Tidak lama lagi, YouTube akan membenarkan kebolehan menggunakan bunyi dari berbilion video di YouTube, memberi lebih banyak ruang untuk mencipta karya video tersendiri. Jadi pencipta kandungan boleh membuat video reaksi, komedi, meme atau mengikut trend menari lagu yang terkini.

Lebih baik lagi, YouTube telah mendapat kerjasama dari lebih 250 label dan pengeluar muzik untuk menggunakan jutaan lagu seperti dari Universal Music, Sony Music Entertainment, Warner Music Group, Warner Chappell Music, Believe, Merlin, 300 Entertainment, Kobalt, Beggars, CD Baby, Empire, Peer, Reservoir, OneRPM dan banyak lagi. Senarai pustaka lagu ini akan bertambah lagi di masa hadapan.

Pengguna biasa YouTube, akan dapat melihat video Shorts dari barisan khas di laman utama YouTube. Malah, ia juga boleh ditatal secara menegak, dari bawah ke atas atau sebaliknya, sama seperti di TikTok.

Di samping itu, YouTube juga sedang mengkaji cara untuk pencipta kandungan menjana pendapatan di Shorts. Caranya masih belum ditentukan, tetapi tidak mustahil untuk dilaksanakan kerana YouTube mempunyai kepakaran menjana keuntungan dan berkongsi hasilnya dengan pemilik akaun YouTube.

Dengan ketibaannya di AS, pasti ia akan diluaskan lagi penggunaan di negara-negara lain. Adakah Shorts akan berjaya menarik pengguna TikTok, memandangkan YouTube memiliki banyak kandungan dalaman yang boleh digunakan. Kena tunggu ia tiba di Malaysia dan cuba, baru boleh dapatkan jawapan.

[Sumber: 9to5google, YouTube]

Tags: YouTube Shorts
Najib

Najib

POPULAR

Shorts, jawapan YouTube untuk cabar TikTok, mula diuji di Amerika Syarikat

Shorts, jawapan YouTube untuk cabar TikTok, mula diuji di Amerika Syarikat

19 March 2021
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN