• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung umum harga rasmi Galaxy A72, A52, A32 5G dan A32 di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 6:57 pm
  • 22/03/2021
  • Komen
Samsung umum harga rasmi Galaxy A72, A52, A32 5G dan A32 di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Seminggu selepas dilancarkan, hari ini Samsung Malaysia mengumumkan harga rasmi dan tarikh jualan untuk model terbaru Samsung Galaxy Awesome mereka iaitu Galaxy A72, Galaxy A52, Galaxy A32 5G dan Galaxy A32. Pembeli terawal juga berpeluang menerima hadiah percuma apabila membeli telefon ini.

Jualan kesemua model baru Samsung Galaxy A ini akan dibuka bermula dari hari Jumaat ini, 26 Mac 2021. Harga jualan rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Galaxy A72 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,899
  • Galaxy A52 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,499
  • Galaxy A32 5G (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,199
  • Galaxy A32 LTE (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,099
Dari kiri: Galaxy A32, Galaxy A52, Galaxy A72

Sebagai promosi pelancaran, antara 26 Mac sehingga 30 April 2021, pembeli Galaxy A72 dan Galaxy A52 akan menerima hadiah percuma berupa casing lutsinar dengan kickstand bernilai RM109. Manakala pembeli Galaxy A32 5G dan Galaxy A32, akan mendapat casing lutsinar percuma bernilai RM39.

Tawaran ini tersedia hanya untuk pembelian di Stor Online Samsung Malaysia, Stor Samsung Experience dan pengedar sah Samsung terpilih. Ada empat warna menarik untuk dipilih bagi kesemua model Galaxy A baru ini, iaitu Awesome Violet, Awesome Blue, Awesome White dan Awesome Black.



Galaxy A32 dari kiri: Awesome White, Black, Violet, Blue

Selain itu, Samsung juga ada menawarkan program tukar beli telefon lama kepada siri Galaxy A yang baru. Program tukar beli ini boleh dilakukan di Stor Samsung Experience dan pengedar sah Samsung terpilih, tidak termasuk Stor Online Samsung Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai semua tawaran pembelian Samsung Galaxy A, boleh layari laman web Galaxy A Series Launch mulai 26 Mac 2021.

Kenali lebih lanjut mengenai Galaxy A72 dan Galaxy A52 dalam artikel dan video ami di bawah ini.

Samsung Galaxy A72 & A52: Duo midrange berbaloi telah kembali
Tags: samsungSamsung Galaxy A32Samsung Galaxy A52Samsung Galaxy A72
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Samsung umum harga rasmi Galaxy A72, A52, A32 5G dan A32 di Malaysia

Samsung umum harga rasmi Galaxy A72, A52, A32 5G dan A32 di Malaysia

22 March 2021
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER