• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kempen Perfect 10 Celcom ini rupanya macam scam jenis phising

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:16 am
  • 26/03/2021
  • Komen
Kempen Perfect 10 Celcom ini rupanya macam scam jenis phising
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda pengguna Celcom, anda mungkin akan terima SMS daripada Celcom seperti  berikut di bawah.

Kelihatan macam mesej scam cuci duit yang anda terima di SMS serta inbox WhatsApp/Telegram. Kemudian, anda nak selidik lebih dalam, anda lakukan carian di Internet “Play Perfect 10”.



Tengok saja URL-nya https://celcom-p10.com/, nampak macam biasa digunakan di laman-laman web phising.

Tapi ya, memang Celcom ada anjurkan kempen Perfect 10 malahan ia telahpun berjalan dari 2 Jun 2020 sehingga 31 Mei 2021.



Menangi RM2,000 tunai bila jawab 10 soalan dengan betul

Bila anda baca laman Terma & Syaratnya, bunyinya macam tak munasabah. Tapi, memang anda akan menangi RM2,000 bila anda jawab 10 soalan dengan betul, bukannya bila jawab dengan betul, anda berpeluang untuk menang.

Tapi syaratnya, anda cuma boleh menang sekali sahaja.

Untuk sertai, anda perlulah bersetuju untuk melanggan servis Play Perfect 10. Sepanjang langganan, anda akan dikenakan cas RM1/hari untuk terima 1 token permainan menjawab 10 soalan itu.

Tapi, bila anda lihat kali terakhir RM2,000 dimenangi ialah pada 14 Januari 2021, anda bolehlah jangkakan tahap kesukaran soalannya.

Menangi RM20,000 hadiah bulanan

Yang ini barulah perlu direbut peserta. Caranya adalah beroleh skor tertinggi daripada permainan jawab soalan tadi.

Setiap soalan yang betul, anda akan mendapat markah dan bila anda jawabnya setiap hari, skor itu akan dhimpunkan serta dibandingkan dengan peserta lain.

Berdasarkan Terma & Syarat, masih ada 3 hadiah bulanan untuk direbut. Paling awal ialah 31 Mac 2021. Kalau anda khuatir tak sempat untuk bersaing dengan pemain sedia ada, anda bolehlah sertainya dalam bulan April 2021 dan Mei 2021.

Tags: celcomcelcom perfect 10
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Kempen Perfect 10 Celcom ini rupanya macam scam jenis phising

Kempen Perfect 10 Celcom ini rupanya macam scam jenis phising

26 March 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER