• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Acara pembangun terbesar Apple WWDC21 pada bulan Jun akan dibuka percuma

  • OLEH Najib
  • 11:12 am
  • 01/04/2021
  • Komen
Acara pembangun terbesar Apple WWDC21 pada bulan Jun akan dibuka percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti tahun lepas, pada tahun ini Apple akan mengadakan acara persidangan tahunan pembangun antarabangsa, Apple WWDC 2021 (WWDC21) secara maya. Ia akan dijalankan bermula dari 7 Jun sehingga 11 Jun 2021.

WWDC merupakan pentas bagi Apple mengumumkan pelbagai kemaskini dan perkembangan bagi perisian dan sistem operasi untuk iPhone, iPad dan pelbagai perkakas di dalam ekosistem Apple. Tahun ini juga, Apple memberikan akses percuma kepada semua pembangun untuk menyertainya.



Menurut Naib Presiden Perhubungan Pembangun dan Pemasaran Perusahaan dan Pendidikan Antarabangsa, Susan Prescott, Apple sedang berusaha untuk menjadikan WWDC21 sebagai acara terbesar dan terbaik pernah mereka adakan. Apple juga akan menyediakan pelbagai perkakas baru untuk menyokong pembangun dalam mencipta aplikasi yang akan mengubah cara manusia hidup, bekerja dan bermain.

Antara perkara yang akan diumumkan dalam ucaptama di pentas State of Union semasa WWDC21 nanti adalah, sesi dalam talian, panduan teknikal makmal 1:1, dan cara baru untuk pembangun berinteraksi dengan Apple.



Apa yang akan ada di WWDC21

Pada tahun ini, Apple dijangka akan mengumumkan kemaskini besar untuk sistem operasi seperti iOS 15, iPadOS 15, watchOS 8, macOS 12, dan tvOS 15. Apple akan memberikan keutamaan peringkat Beta bagi pembangun mengujinya.

Selain ini, Apple tidak berkongsi lebih lanjut tentang apa perkara lain yang akan terdapat di WWDC21. Tetapi satu perkara menarik yang dilihat terdapat di kebanyakan bahan promosi Apple WWDC21 adalah cermin mata. Ini mungkin merujuk kepada Apple Glass.

Cermin mata “Virtual Reality” ini telah lama dikhabarkan mahu dihasilkan Apple tetapi tiada berita sehingga kini. Dapat dilihat kebanyakan karakter memoji di dalam poster WWDC21 memakai cermin mata, tetapi ini juga mungkin tiada kaitan. Sama ada ia suratan atau kebetulan, hanya boleh diketahui pada acara WWDC pada bulan Jun kelak.

Jika anda pembangun aplikasi atau sangat berminat melihat pembentangan Apple WWDC21 kelak, boleh melayari laman web Apple Developer atau muat turun aplikasi Apple Developer di Apple Appstore. Maklumat lanjut mengenai pengumuman Apple WWDC21 boleh dirujuk di sini.

[Sumber: Apple]

Tags: appleApple WWDC
Najib

Najib

POPULAR

Acara pembangun terbesar Apple WWDC21 pada bulan Jun akan dibuka percuma

Acara pembangun terbesar Apple WWDC21 pada bulan Jun akan dibuka percuma

1 April 2021
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN